KUALA LUMPUR, 11 Okt-- Pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) akan memberi faedah kepada majikan dan pekerja, selain membolehkan kedua-dua pihak menikmati ganjaran yang saksama, hasil peningkatan produktiviti atau penambahbaikan prestasi.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, PLWS juga akan menawarkan struktur gaji yang lebih fleksibel yang berupaya mendepani ketidaktentuan ekonomi, memastikan kestabilan pekerjaan dan mengurangkan risiko kemungkinan pemberhentian pekerja semasa berlakunya kelembapan ekonomi.
"Justeru, sinergi di antara sektor swasta dan agensi kerajaan perlu diperkukuhkan bagi memastikan industri meraih manfaat daripada pelaksanaan PLWS. Seterusnya, meningkatkan daya saing demi mencapai aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," menurut laporan itu.
PLWS terdiri daripada komponen tetap dan komponen boleh ubah, dengan komponen tetap meliputi gaji pokok, kenaikan gaji tahunan dan bonus kontraktual manakala komponen boleh ubah adalah berdasarkan kepada produktiviti pekerja.
"Kedua-dua komponen tersebut dikategorikan kepada tiga model PLWS, iaitu model berasaskan produktiviti, model berasaskan keuntungan dan model campuran.
"Elemen lain dalam komponen boleh ubah termasuk kadar per unit, insentif kedatangan, caj perkhidmatan dan elaun kemahiran," menurut laporan itu.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk memperluaskan penerimaan PLWS, termasuk melaksanakan program latihan, bengkel, seminar, taklimat, perundingan, pameran berkaitan amalan terbaik dan Anugerah PLWS.
"MPC juga telah membangunkan sistem atas talian WayUp bagi memudahkan syarikat untuk menerima pakai PLWS," katanya.
Bagaimanapun, laporan itu turut menjelaskan kadar penggunaan PLWS masih rendah di negara ini, disebabkan beberapa faktor, termasuk kurang kesedaran mengenai faedah PLWS, dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi menggunakan sistem ini.
"Bantahan daripada kesatuan sekerja dan kos perlaksanaan yang tinggi turut menyumbang kepada tahap penerimaan PLWS yang rendah," kata laporan itu.
Oleh yang demikian, usaha bersepadu perlu diperluaskan bagi pelaksanaan PLWS untuk memastikan pemberian upah berhubung kait dengan tahap produktiviti, manakala Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan meneruskan program peningkatan kemahiran dan latihan semula, serta memperluas liputan sektor bagi membolehkan lebih ramai pekerja dapat dilatih.
"Program latihan tersebut bertujuan melahirkan pekerja berkemahiran yang lebih produktif, seterusnya memperoleh upah yang lebih tinggi," kata laporan itu.
Laporan itu juga mengatakan kajian yang komprehensif mengenai pelaksanaan PLWS boleh dijalankan untuk menganalisis mengenai impak penggunaan sistem ini meliputi sektor, negeri, saiz firma dan kategori pekerjaan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel