BERITA

Pekebun kecil nikmati peruntukan RM200 juta menerusi bantuan musim tengkujuh



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Memahami kesan harga komoditi yang rendah terhadap mata pencarian pekebun kecil, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta menerusi Bantuan Musim Tengkujuh, kepada pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan turut menyediakan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada tahun 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.

“Kerajaan memahami kesukaran disebabkan harga getah rendah dan penurunan hasil pada musim tengkujuh. Dalam masa sama, kerajaan kecewa dan hampa dengan kempen anti-minyak sawit yang dilancarkan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2020 merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Menerusi Belanjawan 2020 bertemakan ‘Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’, Lim berkata kerajaan akan terus menyokong industri tersebut dengan pelbagai langkah bagi membela nasib golongan tersebut.

Katanya, kerajaan akan memperuntukkan RM810 juta untuk kebajikan masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan memperuntukkan RM250 juta untuk program meningkatkan pendapatan 11,600 peneroka manakala RM300 juta untuk menghapus kira faedah pinjaman peneroka.

Lim berkata, sejumlah RM100 juta akan disalurkan untuk bekalan air FELDA dan RM70 juta untuk perumahan generasi baharu peneroka FELDA.

“RM90 juta untuk menaik taraf jalan dan infrastruktur asas di kawasan FELDA,” kata Lim.

Katanya peruntukan sebanyak RM738 juta akan disalurkan kepada RISDA dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi melaksanakan pelbagai program penjanaan pendapatan.

“Peruntukan ini akan memanfaatkan lebih 300,000 pekebun kecil RISDA dan 100,000 peserta FELCRA,” katanya.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel