BERITA

Belanjawan 2020 pacu landskap baharu bagi pertumbuhan dan kemakmuran



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Belanjaan 2020 menyahut gesaan golongan muda, kerana ia menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan untuk memacu negara memasuki landskap baharu pertumbuhan dan mewujudkan kerja baharu dengan upah lebih baik, dan pada masa yang sama berhemah dengan kewangan negara dan memastikan kekayaan diagihkan dengan baik dalam semangat kemakmuran bersama.

Dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini di Parlimen, empat teras yang menjadi tunggak belanjawan bertemakan "Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” antara lain bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital.

Lainnya, melabur dalam Malaysia: menyelaraskan modal insan, mewujudkan masyarakat yang bersatu, inklusif dan saksama; dan mencergaskan institusi awam dan kewangan.

Untuk menarik sasaran syarikat Fortune 500 dan unicorn global dalam sektor teknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu, kerajaan akan menyediakan pakej insentif istimewa bernilai RM1 bilion setahun bagi tempoh lima tahun, kata Lim.

Ini merupakan belanjawan kedua dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sejak mendapat mandat selepas pilihan raya umum pada Mei 2018.

Belanjawan turut menyediakan pakej insentif pelaburan RM1 bilion setahun bagi tempoh lima tahun untuk mentransformasi perniagaan yang mencatatkan prestasi terbaik dan paling berdaya maju Malaysia untuk menjadi perusahaan paling kompetitif dalam pasaran eksport global.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif cukai untuk meningkatkan aktiviti nilai tambah tinggi dalam industri elekrtik dan elektronik untuk beralih kepada Ekonomi Digital 5G dan Industri  4.0.

“Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk terus menambah baik iklim perniagaan di Malaysia.

'’Satu daripada pembaharuan penting yang akan dilaksanakan untuk memudahkan dalam menjalankan perniagaan adalah dengan mengurangkan beberapa langkah untuk mendaftar perniagaan,”  katanya.

Berikutan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menjadi tulang belakang negara, kerajaan akan terus memberi sokongan kepada usahawan kecil dan sederhana yang sedang meningkat naik menerusi SME Bank, yang akan memperkenalkan dua dana baharu, dengan kerajaan akan menyediakan dan memberi subsidi pada kadar faedah tahunan dua peratus untuk mengurangkan kos pinjaman.

“Untuk PKS terus kekal berdaya saing, mereka perlu terus mengembangkan eksport mereka.”

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel