BERITA

Kerajaan akan perkenal geran pembangunan ekosistem 5G bernilai RM50 juta



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan akan memperkenalkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta sebagai pendanaan peringkat awal bagi menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat Malaysia untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia.

Selain itu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan.

Beliau berkata dana itu bertujuan menggalakkan lebih banyak projek rintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri, teknologi ‘blockchain’ serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

Kerajaan juga akan menyediakan RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital khususnya bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital, katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan 50 peratus geran padanan dengan jumlah nilai sehingga RM5,000 bagi satu syarikat untuk mereka melanggan perkhidmatan digital. 

Ia bertujuan menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima pakai langkah pendigitalan untuk operasi syarikat, katanya.

“Geran padanan ini berjumlah RM500 juta untuk tempoh selama lima tahun, dan dihadkan kepada 100,000 PKS pertama yang memohon untuk menaik taraf sistem mereka,” katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel