BERITA

Kerajaan memperuntukkan RM297 bilion untuk perbelanjaan 2020



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM297 bilion perbelanjaan di bawah Belanjawan 2020 -- peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion diperuntukkan pada tahun lepas, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Jumlah itu tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.

“Belanjawan 2020 merangkumi RM241 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus manakala bakinya RM56 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan '’Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama'’ di Dewan Rakyat hari ini.

Lim berkata hasil kerajaan dijangka mencecah RM244.5 bilion pada tahun depan iaitu peningkatan sebanyak RM11.2 bilion berbanding tahun 2019, tanpa mengambil kira dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion.

Katanya kerajaan akan melupuskan aset yang telahpun diluluskan sebelum ini tetapi menerusi tender terbuka dan bukan rundingan terus.

Langkah ini dijangka akan menjana hasil kepada negara melebihi RM3 bilion pada tahun 2020, katanya.

Lim berkata Belanjawan 2020 adalah berpaksikan pertumbuhan, dengan langkah-langkah khusus untuk mengomtimumkan kesan pertumbuhan ekonomi, pewujudan kerja dan perubahan struktur, tanpa menjejaskan komitmen kerajaan untuk memulihkan kekukuhan fiskal kerajaan untuk jangka sederhana.

Beliau berkata ekonomi Malaysia akan kekal berdaya maju di masa depan hasil daripada langkah-langkah belanjawan, dan menurutnya keluaran dalam negara kasar dijangka berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini dan meningkat kepada 4.8 peratus pada  2020.

Inflasi dijangka kekal pada kadar 2.0 peratus pada 2020, kata Lim.

“Sekiranya persekitaran luar kekal tidak memberangsangkan, kerajaan bersedia menimbang untuk mengambil langkah-langkah kontigensi yang diperlukan bagi menyokong atau memangkin semula pertumbuhan ekonomi negara,'’ katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel