KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan akan menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk menarik syarikat Fortune 500 dan ‘global unicorn’ dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini berkata, sebagai syarat kelayakan, setiap syarikat perlu melabur sekurang-kurangnya RM5 bilion di Malaysia.
Beliau berkata insentif tersebut akan menjana aktiviti ekonomi tambahan yang akan menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mewujudkan 150, 000 pekerjaan berkualiti tinggi dalam tempoh lima tahun serta mengukuhkan ekosistem pembuatan dan perkhidmatan.
Bagi mentransformasikan perniagaan tempatan yang terunggul dan berpotensi untuk bersaing dalam pasaran eksport global, kerajaan juga akan menawarkan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat tempatan yang layak.
“Insentif ini adalah bersyarat dan tertakluk kepada syarikat yang dapat membuktikan keupayaan untuk berkembang dan mengeksport produk dan perkhidmatan ke seluruh dunia,” katanya.
Lim berkata kerajaan menjangka langkah ini akan memperkukuh ekosistem rantaian bekalan tempatan dan mewujudkan 100,000 pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri khususnya untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan pelaburan direalisasikan selepas diluluskan.
“Pada tahun ini, kerajaan telah memulakan langkah mengkaji secara menyeluruh dan merombak kerangka insentif sedia ada merangkumi Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.
Lim berkata kerangka baharu itu dijangka siap pada 1 Januari, 2021.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel