BERITA

Kerajaan peruntuk RM550 juta untuk dana pinjaman penanaman semula pekebun kecil



KUALA LUMPUR,  11 Okt -- Kerajaan memperuntuk RM550 juta untuk dana pinjaman penanaman semula untuk pekebun kecil tanpa cagaran pada kadae faedah 2.0 peratus setahu, untuk tempoh 12 tahun termasuk empat tahun moratorium ke atas pembayaran semula.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penanaman semula itu akan dilaksana menggunakan benih terkini, dan mematuhi standard Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) bagi memastikan peoduktiviti dan pemasaran yang lebih baik.

"Kerajaan prihatin terhadap kesan harga komoditi yang rendah kepada kehidupan rakyat Malaysia dalam sektor ini, khususnya pekebun kecil.

"Pada masa yang sama kami kecewa dan tidak berpuas hati terhadap usaha yang dirancang untuk mengurangkan akses pasaran bagi eksport minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Oleh itu, Lim berkata peruntukan sebanyak RM27 juta disediakan untuk menyokong usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memasarkan minyak sawit di peringkat antarabangsa dan menentang kempen anti-sawit.

Beliau berkata sektor itu juga akan ditingkatkan menerusi pelaksanaan biodiesel, dengan biodiesel B20 untuk sektor pengangkutan yang akan dilaksanakan menjelang akhir tahun 2020.

"Ini dijangka meningkatkan permintaan minyak sawit sebanyak 500,000 tan setahun," katanya.

Mengenai sektor getah, Lim berkata RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh akan diperuntukkan kepada pekebun kecil getah yang layak di bawah RISDA dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020 untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang menghadapi harga getah rendah.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel