KUALA LUMPUR, 11 Okt-- Sebanyak RM575 juta akan disediakan untuk bantuan sosioekonomi yang memanfaatkan 137,000 warga emas dengan pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat Hari ini berkata kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM4.6 juta kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) untuk menampung perbelanjaan 129 pusat di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 37,000 warga emas.
“RM80 juta juga diperuntukkan untuk menaik taraf, membaiki dan menyelenggara 67 pelbagai institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk pusat jagaan kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas,” katanya.
Selain itu, Lim berkata sejumlah RM25 juta diperuntukkan untuk mengurus, mentadbir dan memperluaskan program Food Bank ke seluruh negara.
Katanya program Food Bank adalah inisiatif bagi mengagihkan semula sebanyak 3,000 tan metrik makanan lebihan yang diderma setiap hari kepada kumpulan sasaran yang memerlukan terutamanya golongan B40.
Lim berkata sebanyak RM20 juta pula diperuntukkan untuk lima Pusat Latihan Berdikari baharu, program latihan bagi Sindrom Down dan taman asuhan kanak-kanak OKU.
“Dalam masa sama, perkhidmatan latihan dan tunjuk ajar yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan latihan kepada golongan OKU akan dikecualikan cukai perkhidmatan,” katanya.
Selain itu, katanya sebanyak RM15 juta diperuntukkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan bagi melaksanakan program rintis bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan bagi meningkatkan keberkesanan program pemulihan dadah.
Mengambil berat kebajikan golongan gelandangan, Lim berkata kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta untuk Anjung Singgah pada tahun depan yang memanfaatkan 7,000 gelandangan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel