BERITA

Pengecualian cukai pendapatan dan GITA sehingga 10 tahun untuk aktiviti pajakan solar



KUALA LUMPUR, 11 Okt --  Syarikat yang menjalankan aktiviti pajakan solar akan diberi Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) serta pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun di bawah Belanjawan 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. 

"Kami mahu mencapai matlamat untuk menjana 20 peratus daripada penggunaan tenaga negara menggunakan sumber yang boleh diperbaharui menjelang 2025," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. 

Lim menambah pada tahun lepas, kerajaan secara signifikan telah meluaskan lagi senarai aset mesra alam GITA di bawah direktori MyHijau.

Sementara itu, melalui Kontrak Prestasi Tenaga (EPC), pendahuluan modal pelaburan ke dalam peralatan penjimatan tenaga bagi bangunan kerajaan akan dibayar balik melalui penjimatan kos utiliti yang dicapai. 

Pada 2020, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan EPC untuk bangunan kerajaan, dengan memberi keutamaan kepada hospital dan institusi pendidikan.

Pada masa yang sama, kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan sistem pembelian tenaga semasa ke arah pasaran borong pada masa akan datang, sebagai sebahagian daripada liberalisasi pasaran elektrik. 

Pembekal tenaga boleh diperbaharui juga akan dapat bersaing secara langsung di pasaran runcit, katanya. 

Beliau menegaskan pasaran elektrik yang lebih telus dan berdaya saing akan mampu memastikan kos elektrik untuk pengguna di Malaysia sentiasa lebih rendah .

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel