BERITA

Kerajaan peruntuk RM564 juta tambah baik R&D



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM564 juta bagi menambah baik Kerangka Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di negara ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM524 juta diagihkan kepada kementerian dan agensi bagi menggiatkan R&D dalam sektor awam.

"Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta geran padanan R&D untuk menggalakkan kerjasama antara industri dan ahli akademik bagi meningkatkan nilai tambah dalam penggunaan minyak sawit di sektor hiliran terutamanya tocotrienol dalam produk farmaseutikal dan bahan api bio-jet.

"Kerajaan juga akan menyelaras R&D dengan menubuhkan Agensi Pengurusan Penyelidikan yang diperuntukkan RM10 juta bagi menguruskan sumber penyelidikan awam secara berpusat," katanya.

Dalam pada itu, Lim juga berkata kerajaan akan mengkomersialkan R&D dengan menubuhkan Pejabat Inovasi Sehenti dalam sektor awam untuk memanfaatkan harta intelek secara komersial bagi menggalakkan aktiviti R&D dan universiti penyelidikan, bermula dengan Universiti Malaya.

Beliau berkata selain itu, pendapatan harta intelek daripada paten dan hak cipta perisian bagi aktiviti yang layak yang dibangunkan di negara ini  akan diberi pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh hingga 10 tahun berdasarkan konsep ‘Modified Nexus Approach’.

Sementara itu, Lim berkata sebanyak RM11 juta pula diperuntukkan melalui inisiatif Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan lebih ramai pelajar ke bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel