KUALA LUMPUR, 11 Okt-- Kerajaan melanjutkan potongan cukai semasa terhadap kos terbitan dan potongan ke atas kos tambahan penerbitan sukuk di bawah prinsip Wakalah selama lima tahun sehingga tahun taksiran 2025 dalam usaha untuk terus mengembangkan industri kewangan Islam negara.
Ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020, yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberkesanan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama, di Dewan Rakyat hari ini.
Pengecualian cukai bagi syarikat pengurusan dana yang mengurus dana patuh Syariah dan dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI), dan potongan cukai atas kos pengeluaran SRI Sukuk, juga akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2023.
” Ini bertujuan untuk terus mempromosi aktiviti pengurusan dana Islam serta dana SRI,” katanya.
Kementerian Kewangan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam tahun ini bagi mempromosi dan membangunkan ekosistem kewangan Islam.
Bagi meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan kewangan Islam, jawatankuasa khas ini akan merumuskan Rangka Tindakan Ekonomi Islam, dengan semua agensi berkaitan, serta menganjurkan inisiatif jangkauan dan kursus profesional untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kewangan Islam di seluruh negara.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel