KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi mengembangkan latihan kemahiran dan program banduan untuk memenuhi standard Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kebangsaan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini berkata peruntukan itu khusus bagi program perkhidmatan makanan (F&B), pertukangan, perkhidmatan dobi dan kimpalan.
“Semasa Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) telah memperagakan Kain Tenun Pahang Diraja yang ditenun oleh penghuni Penjara Penor dan Bentong,” katanya.
Dalam pada itu, Lim berkata bagi menyokong pertumbuhan perusahaan sosial untuk membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi dalam membina komuniti, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga akan diperuntukkan sebanyak RM10 juta.
Kerajaan juga akan memperuntukkan tambahan RM10 juta kepada Malaysia Co-Investment Fund Scheme (MyCIF).
“Ini adalah khusus untuk perusahaan sosial bagi mengumpul dana menerusi platform Pembiayaan P2P di mana MyCIF akan melabur dengan pelabur swasta secara sepadan (one-to-one) dengan menyediakan pembiayaan pada kadar yang berpatutan,” katanya.
Lim berkata, bagi menggalakkan sektor swasta menderma untuk meningkatkan tanggungjawab sosial, katanya nilai ambang pelaporan derma di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, dinaikkan kepada RM20,000 pada tahun hadapan, berbanding RM10,000 ketika ini.
“Bagi terus memupuk budaya menderma dalam kalangan rakyat Malaysia, potongan cukai ke atas sumbangan tunai kepada aktiviti kebajikan, sukan serta projek berkepentingan nasional yang pada masa ini dihadkan kepada tujuh peratus daripada pendapatan agregat bagi pembayar cukai selain syarikat, dinaikkan dan diselaraskan dengan had 10 peratus seperti yang dinikmati oleh syarikat,” katanya.
Lim berkata potongan cukai juga diperluaskan kepada sumbangan wakaf tunai kepada pihak berkuasa agama negeri atau badan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk mentadbir wakaf.
Ia turut diperluaskan kepada sumbangan wakaf tunai kepada universiti awam yang diluluskan untuk menerima wakaf oleh pihak berkuasa agama negeri dan sumbangan endowmen dalam bentuk tunai kepada universiti awam.
Tambahnya, pengecualian cukai pendapatan yang diberikan ke atas semua pendapatan yang diterima oleh institusi dan organisasi keagamaan yang ditubuhkan bagi tujuan penyembahan dan pengembangan agama dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, akan diperluaskan kepada institusi yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel