BERITA

Dagang NeXchange sambut baik peruntukan infrastruktur digital dan pembangunan kandungan

KUALA LUMPUR, 11 Okt   -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX) menyambut baik peruntukan pembangunan digital dalam Belanjawan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan digital organisasi, perniagaan dan tenaga kerja di negara ini. 

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya Datuk Samsul Husin berharap cadangan langkah-langkah itu termasuk peruntukan bagi pembangunan infrastruktur digital dan kandungan akan memudahkan lagi persediaan negara bagi transformasi digital yang disokong oleh Revolusi Perindustrian Keempat. 

  “Bagi DNeX, kami menyasar untuk bukan hanya semata-mata mampu bertahan dengan perubahan dinamik dan cabaran yang akan datang dengan transformasi tetapi juga merebut peluang daripadanya.  

“Kami boleh membawa organisasi lain dalam usaha ini menerusi Platform Digital Dagang Net syarikat,” katanya.

Beliau berkata menerusi platform itu, syarikat tersebut boleh membantu organisasi dalam usaha mereka ke arah pelaksanaan transformasi digital. 

“… dan di sinilah kami boleh menawarkan penyelesaian digital yang menangani keperluan perniagaan khusus dan operasi organisasi,” katanya. 

Disokong oleh teknologi utama seperti blockchain, kecerdasan buatan (AI), analisis data raya dan pengenalan frekuensi radio, Platform Digital Dagang Net Digital menyediakan perkhidmatan yang lancar, mesra pengguna, berdaya tahan dan intuitif menerusi ekosistem yang sangat terjamin, katanya.  

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel