KUALA LUMPUR, 11 Okt — Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menjadi langkah pertama ke arah merealisasikan objektif dan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata belanjawan yang bersifat komprehensif itu selari dengan WKB 2030 untuk menstruktur semula ekonomi negara dan memacu pembangunan secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk rakyat.
“Belanjawan yang dibentangkan merupakan komitmen kerajaan untuk merapatkan kesenjangan ekonomi antara kelas pendapatan, kumpulan etnik dan wilayah.
“Ia adalah sebahagian integral daripada falsafah WKB 2030 yang berpaksikan model pertumbuhan inklusif demi kemakmuran seluruh rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan siling Peruntukan Pembangunan bagi tahun 2020 dinaikkan kepada RM56 bilion, iaitu 18.9 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2020 berbanding 17.3 peratus pada 2019.
Mohamed Azmin berkata peningkatan tersebut akan memberi manfaat secara langsung kepada semua rakyat Malaysia khususnya masyarakat B40, penduduk luar bandar dan anak muda.
Dalam Belanjawan 2020, sebanyak RM1.6 billion diperuntukkan kepada masyarakat peneroka dan pekebun kecil FELDA, FELCRA dan RISDA.
Selain itu, lebih RM1 bilion diperuntukkan untuk kepenggunaan digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengasah bakat dalam penggunaan teknologi baharu untuk mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
Mohamed Azmin juga berkata Belanjawan 2020 turut memberi tumpuan kepada usaha pemberdayaan anak muda dalam mendepani cabaran baharu dalam era teknologi yang serba canggih.
“Justeru, fokus terhadap program Teknikal dan Latihan Vokasional dengan peruntukan sejumlah RM5.9 bilion akan meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif,” katanya.
— BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel