BERITA

Belanjawan 2020 pacu negara ke arah Transformasi Digital - Gobind   



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Belanjawan 2020 yang memberi fokus dalam membina infrastruktur dan mempercepatkan ekonomi digital bakal memacu negara ke arah transformasi digital, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata peruntukan diumumkan hari ini adalah tepat, dan ia berjaya memberi fokus yang besar kepada matlamat ekonomi digital.

“Melalui belanjawan ini, ia diumumkan untuk mendukung hasrat kita (negara) untuk membina negara digital… Ia berada di landasan betul, yang menfokus kepada masa depan dan memperkasa rakyat Malaysia.

“Ia (belanjawan) juga adalah selari dengan objektif Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menjayakan matlamat negara digital,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen di sini, hari ini.  

Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen hari ini. 

Lim ketika membentangkan belanjawan itu berkata kerajaan akan membangunkan infrastruktur diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) sepanjang tempoh lima tahun. 

NFCP akan menyediakan liputan berkelajuan tinggi komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar.

Pelan itu, menurut Lim akan melibatkan jumlah pelaburan RM21.6 bilion melalui kerjasama awam swasta.

Peruntukan RM210 juta juga diperuntukkan bagi mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel