KUANTAN, 11 Okt -- Peruntukan sebanyak RM69.5 juta untuk kerja menaik taraf Pelabuhan Kuantan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dapat menggalakkan kehadiran lebih ramai pelabur ke Pahang.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengumuman itu juga 'tepat pada masanya' kerana selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah lagi taman perindustrian berhampiran pelabuhan itu pada masa depan.
Taman perindustrian baharu itu, menurut Wan Rosdy mengikut perancangan akan dikenali sebagai Taman Perindustrian Antarabangsa Kuantan (KIIP) dengan keluasan kira-kira 1,215 hektar.
"Peruntukan itu sudah pasti menjadi penggalak tambahan kepada bakal pelabur untuk mendirikan kilang di KIIP selain kawasan perindustrian berdekatan seperti Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).
"Pelabuhan Kuantan yang dinaik taraf sudah pasti memudahkan kerja pengangkutan masuk dan keluar bahan serta barangan khususnya dari China," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran Bersama’ di Parlimen hari ini, mengumumkan Pelabuhan Kuantan akan menerima RM69.5 juta untuk menaik taraf di bawah ECERDC.
Selain itu, Wan Rosdy juga menyifatkan peruntukan sebanyak RM810 juta untuk kebajikan masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) temasuk RM100 juta untuk bekalan air dan RM70 juta bagi perumahan generasi baharu juga adalah amat dialu-alukan.
"Peruntukan ini tentunya akan dimanfaatkan kira-kira 43,124 peneroka, yang merupakan yang paling ramai di negara ini serta anggota keluarga mereka di sini.
"Saya juga menyambut baik pengumuman membina klinik kesihatan baharu termasuk di Cameron Highlands kerana klinik kesihatan sedia ada ialah di pekan kecil Tanah Rata," katanya.
Wan Rosdy berharap semua pengumuman yang dibuat, khususnya perkara positif yang berkaitan Pahang dapat direalisasikan untuk kebajikan dan kesejahteraan penduduk di negeri ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel