ALOR SETAR, 11 Okt -- Insentif dan peruntukan khusus untuk petani, nelayan serta peladang dalam Belanjawan 2020 akan meringankan beban sara hidup sekaligus meningkatkan mutu kehidupan golongan berkenaan.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri memahami susah payah kerajaan Persekutuan dalam menyediakan belanjawan pertumbuhan kerana menghadapi kekangan hutang berjumlah RM1.13 trillion yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.
“(Namun) pendekatan kerajaan Persekutuan dalam menguruskan belanjawan dengan cara yang berhemah (akan dapat) menjamin tiada pembaziran dan penyelewengan akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita di sini, hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini berkata elaun sara hidup nelayan akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan.
Menurutnya, dalam usaha membantu petani, nelayan dan pekebun kecil mempelbagaikan sumber pendapatan, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
Selain itu Mukhriz berkata kerajaan negeri juga gembira dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam.
"Defisit belanjawan kali ini tidak boleh dielakkan kerana rakyat mengharapkan pembangunan yang akan benar-benar memberi manfaat kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel