BERITA

Butiran lanjut pengambilalihan lebuh raya akan diputuskan kemudian - PM



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Butiran terperinci membabitkan cadangan pengambilalihan lebuh raya akan diputuskan kemudian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, setakat ini kerajaan telah mengenal pasti kawasan bandar dan luar bandar yang terbabit dalam usaha tersebut.

"(Semua) butiran terperinci mengenainya akan diputuskan kemudian," kata beliau kepada media selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ketika membentangkan belanjawan itu, Lim berkata Kabinet akan menimbangkan kesemua cadangan termasuk daripada Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih atau melupusan kesemua kepentingan PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

Ditanya mengenai pengambilalihan empat lebuh raya daripada Gamuda Bhd, Dr Mahathir berkata kesemua lebuh raya terbabit akan diswastakan.

Beliau turut menegaskan bahawa kadar diskaun tol yang akan dikenakan juga adalah lebih rendah iaitu sekurang-kurangnya 18 peratus secara purata.

"Ini belum dapat dipastikan lagi, namun kita telah menyatakan bahawa diskaun itu sekurang-kurangnya 18 peratus lebih rendah," katanya ketika ditanya sama ada pengurangan itu akan dilaksanakan selepas pengambilalihan PLUS atau serta-merta pada 2020.

Dalam Belanjawan 2020 itu, Lim berkata kerajaan telah mencadangkan diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.

Kadar diskaun itu bagi Lebuhraya Utara Selatan akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM1.13 billon pada 2020 dan RM43 bilion sepanjang tempoh konsesi itu sehingga  2038, kata Lim dan menambah bahawa kerajaan akan meneruskan cadangan untuk mengambil alih empat lebuh raya milik Gamuda.

 Menurutnya, pengambilalihan itu, yang mana pengumuman pertama dibuat oleh Kementerian Kewangan pada Jun, telah diluluskan oleh Kabinet.

Sementara itu pada sidang media kemudiannya, Lim berkata cadangan pelupusan kepentingan tol tidak akan menambah bebanan negara atau dari segi caj perkhidmatan hutang.

"Ini bermakna, kutipan daripada tol itu sahaja sudah memadai untuk membayar hutang yang ada. Itulah syaratnya," tegasnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menerima sebarang 'kenyataan rasmi' daripada India susulan laporan media mengenai hasrat New Delhi mengehadkan import produk sawit Malaysia dan produk lain.

"Itu cuma laporan tetapi kita belum menerima apa-apa kenyataan rasmi," katanya.

Laporan media itu antara lainnya menyatakan bahawa India sedang menimbang untuk mengehadkan import produk-produk tertentu dari Malaysia termasuk minyak sawit sebagai reaksi terhadap kritikan Dr Mahathir terhadap New Delhi kerana tindakan negara itu Kashmir.

Selain itu, Dr Mahathir menyifatkan penarafan kredit Malaysia masih baik walaupun kerajaan telah memutuskan untuk menerbitkan bon Samurai baharu pada awal tahun depan.

“Jelaslah bahawa penarafan kredit kita amat baik kerana masih ada pihak yang sudi tampil menawarkan dana untuk kita pinjam. Namun, kita akan hanya menerima tawaran yang terbaik," kata beliau.

Dalam pengumuman Belanjawan 2020 itu, Lim berkata tawaran bon itu adalah pada kadar faedah lebih rendah atau kurang daripada 0.5 peratus berbanding 0.63 peratus, sebelum ini.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel