GEORGE TOWN, 11 Okt -- Pulau Pinang menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan beberapa peruntukan buat kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawaan 2020 di Parlimen hari ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan meneliti belanjawan itu dan akan mengambil tindakan positif bagi memastikan Pulau Pinang menerima manfaat daripada langkah baik Belanjawan 2020.
"Belanjawan ini telah memberi beberapa insentif galakkan pelaburan asing serta tempatan yang secara tidak langsung Pulau Pinang akan menikmati lebih banyak pelaburan, dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
"Fokus terhadap pendekatan latihan teknikal dan vokasional adalah tepat dan bakal melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan di negeri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa pengumuman dalam Belanjawan 2020 itu dilihat bakal memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi, teknologi dan sosial negeri.
Chow berkata Pulau Pinang akan menerima manfaat perkhidmatan 5G menerusi transformasi digital yang mendapat perhatian dalam belanjawan itu.
Selain itu, beliau berkata penyeragaman caj tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada RM7.00 berbanding RM8.50 sebelum ini akan menggalakkan penggunaannya selain mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan Pertama Pulau Pinang.
"Sektor pelancongan akan dapat dimajukan lagi dengan pemberian 50 peratus daripada kutipan levi pelancongan. Peruntukan RM100 juta untuk projek kereta kabel Bukit Bendera adalah amat dialu-alukan," katanya.
Pulau Pinang antara lain mendapat peruntukan RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera Pulau Pinang, di mana kos tambahan akan ditanggung Kerajaan Negeri.
Selain itu, kerajaan juga mengumumkan penyeragaman kadar tol kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel