BERITA

Sistem kereta kabel baharu Bukit Bendera bakal pacu sektor pelancongan Pulau Pinang



GEORGE TOWN, 11 Okt  -- Sistem kereta kabel baharu yang dicadangkan di Bukit Bendera akan menjadi tarikan pelancong ikonik tambahan bagi negeri yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, menurut Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Dalam satu kenyataan hari ini, PHC menyatakan walaupun peruntukan untuk sistem kereta kabel baharu itu telah dicadangkan, projek berkenaan masih akan tertakluk kepada kajian kemungkinan teknikal yang menyeluruh dan memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

"Pengunjung akan dapat menikmati pemandangan dari atas Bukit Bendera (dengan sistem kereta kabel baharu)," menurutnya.

Kereta kabel itu akan menjadi akses alternatif ke Bukit Bendera, jelasnya dan menambah bahawa perkhidmatan keretapi funikular sedia ada mencatatkan 1.74 juta penumpang tahun lepas.

Menurut perbadanan itu, proses tender kajian kemungkinan sedang dijalankan sebelum kajian kebolehlaksanaan teknikal yang lengkap dapat dijalankan, dan PHC akan memastikan projek itu dijalankan dengan baik mengikut keperluan teknikal.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini, berkata kerajaan akan menyumbang RM100 juta kepada pembinaan sistem kereta kabel baharu, dengan kos tambahan akan ditanggung kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema Escape Pulau Pinang Sim Choo Kheng berkata insentif cukai untuk sektor kesenian dan pelancongan merupakan berita baik yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh pemain industri.

Beliau berkata insentif itu menggambarkan pengiktirafan mereka sebagai penyumbang kepada kemajuan industri pelancongan dan akan menggalakkan lebih banyak lagi penganjuran pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa.

"Ini kali pertama kerajaan memberi pengiktirafan kepada kami pengendali taman tema yang menyumbang kepada industri pelancongan dan menganggap kami sebagai pemain industri yang penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Bagaimanapun, Sim berharap kerajaan membuat semakan terlebih dahulu sebelum memberi pengecualian cukai kepada pihak tertentu kerana bimbang ada pihak yang mahu mengambil kesempatan.

"Belanjawan ini untuk menggalakkan dan memberi pengiktirafan kepada aktiviti pelancongan. Ini mesti memberi manfaat kepada penganjur dan pelabur taman tema yang betul-betul menarik pelancong ke negara ini," katanya.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mencadangkan insentif cukai untuk sektor kesenian dan pelancongan, termasuk pengecualian cukai pendapatan kepada penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa yang diluluskan dan penganjur persidangan.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel