BERITA

Belanjawan 2020 selari dengan WKB 2030 rapatkan jurang bandar, luar bandar



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini adalah selari dengan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dalam merapatkan jurang ekonomi bandar dan luar bandar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina berkata penambahan peruntukan dalam kementeriannya memberi banyak manfaat kepada penduduk luar bandar. 

“ Sebagai contoh projek perumahan rakyat termiskin yang pasti memberikan manfaat kepada rakyat khususnya luar bandar termasuk peruntukan lampu jalan kampung yang meningkat sebanyak 42.9 peratus.

“Bajet ini boleh dikatakan dapat menerangi lagi harapan rakyat khusus luar bandar dan di kampung-kampung sekali gus membangunkan kawasan luar bandar serta jalan perhubungan desa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah meningkatkan peruntukan pembangunan luar bandar daripada RM9.7 bilion pada 2019 kepada RM10.9 bilion pada 2020.

Kira-kira RM587 juta juga diperuntuk bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar dengan RM470 juta kepada Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel