BERITA

Peruntukan kepada pemegang PJM bukti kerajaan hargai veteran ATM



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Bayaran one-off (sekali bayaran)  RM500 kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM) melibatkan peruntukan RM35 juta dalam Belanjawan 2020, membuktikan kerajaan menghargai pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata pihaknya amat menghargai peruntukan pertama kali yang diberikan kepada pemegang pingat PJM yang berjasa dalam memerangi komunis.

“Pemberian ini amat saya hargai. Semoga tahun depan peruntukan akan lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat hari ini.

Selain elaun kenangan RM500 kepada pemegang PJM, Belanjawan 2020 turut menyaksikan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15.6 bilion kepada Kementerian Pertahanan pada tahun depan selain RM150 juta untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Mohamad berkata belanjawan kali ini menyaksikan berlaku pertambahan bajet melibatkan RKAT iaitu daripada RM120 juta kepada RM150 juta.

“Belanjawan ini tuntutan kami lebih daripada itu…bagaimanapun berlaku kenaikan peruntukan terutama melibatkan kebajikan anggota kami,” katanya yang turut bercadang memohon bajet tambahan dengan menumpukan peruntukan kepada peralatan ATM.

Sementara itu, Mohamad, dalam kenyataan, berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bertanggungjawab untuk melaksanakan pemberian Elaun Kenangan PJM.

"Elaun ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2020, namun pembayaran hanya akan dapat mula dilaksanakan selepas pihak kementerian menerima peruntukan ini.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa Elaun Kenangan PJM ini hanya diberikan kepada penerima PJM yang masih hidup pada tarikh elaun ini dikuatkuasakan dan akan terhenti apabila penerima PJM meninggal dunia," katanya.

Beliau menjelaskan bagi penerima PJM yang masih berkhidmat, elaun ini akan hanya dibayar setelah pegawai tersebut tamat perkhidmatan.

"Kementerian Pertahanan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana turut meluluskan peruntukan RM150 juta bagi membaiki dan menyelenggara RKAT. Selain itu, Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada penerima Bantuan Harapan Negara dalam kalangan veteran ATM berpencen dan tidak berpencen," katanya.

Sementara itu, Belanjawan 2020 yang menyentuh aspek kebajikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap dapat menyuntik semangat anggota keselamatan itu untuk terus berkhidmat dengan lebih berdedikasi.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peruntukan dari segi aspek kebajikan sememangnya dinantikan oleh PDRM setiap tahun.

“Ya, itu memang kita harapkan, kerana sejak sekian lama mereka dah menunggu. Supaya dengan itu, mutu perkhidmatan, semangat bekerja akan lebih baik lagi. Ini yang kita harapkan untuk tahun ini dan tahun akan datang,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.

Melalui Belanjawan 2020, kerajaan menyediakan peruntukan sejumlah RM16.9 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan tambahan RM250 juta untuk kuarters PDRM.

Beliau berkata pada keseluruhannya belanjawan itu cukup baik kerana meliputi semua bidang dan menterjemahkan Wawasan Kemakmuran Bersama.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel