BERITA

RM8 bilion untuk Institusi Bumiputera dapat bantu kurangkan ketidaksamaan pendapatan



SHAH ALAM, 11 Okt -- Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan peruntukan untuk pembangunan ekonomi Bumiputera adalah sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia 2030 yang menumpukan kepada peningkatan kuasa beli rakyat serta mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan jurang perbezaan wilayah.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emeritus Mohd Azraai Kassim berkata oleh kerana pendapatan isi rumah di kalangan masyarakat Bumiputera masih rendah berbanding kumpulan etnik lain, peningkatan jumlah peruntukan dapat meningkatkan penyertaan ekonomi majoriti etnik.

"Tinjauan Ekonomi 2020 melaporkan bahawa graduan Bumiputera mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai kerana beberapa faktor, termasuk kemahiran interpersonal yang lemah dan kurang kemahiran berbahasa Inggeris.

"Dalam pada itu, terdapat ketidakserasian antara kemahiran yang diperlukan oleh industri dan kelayakan yang diperolehi oleh graduan Bumiputera. Pada masa yang sama, penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan mahir dan profesional di peringkat membuat keputusan dan pengurusan masih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini .

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 hari ini berkata kerajaan telah menambah peruntukan untuk membantu institusi dan usahawan Bumiputera daripada RM7.6 bilion dalam Belanjawan 2019 kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020.

Menurut Mohd Azraai, memandangkan senario semasa dihadapi masyarakat Bumiputera, kerajaan mengambil langkah yang betul dengan memperuntukkan dana besar kepada institusi pendidikan Bumiputera utama seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), UiTM dan Yayasan Peneraju.

"Peningkatan peruntukan untuk UiTM dapat meningkatkan program berkaitan pendidikan sains dan teknologi dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 dan 5.0.

"Ini seterusnya akan memastikan pembangunan modal insan melalui penawaran program yang disesuaikan dengan keperluan industri, lebih banyak sumber untuk UiTM bermakna lebih banyak kerjasama antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta universiti dari segi menjalankan penyelidikan bersama mengenai teknologi, dan inovasi produk. Langkah ini dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan PKS, " katanya.

Mohd Azraai kemudian berkata dana tambahan untuk membantu PKS dan usahawan Bumiputera boleh merangsang lebih banyak projek perniagaan yang memastikan perniagaan kekal mapan di tengah ketidakpastian ekonomi global.

"Peluang yang diberikan kepada kontraktor untuk memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus daripada tender menteri memberi galakan kepada mereka untuk membuktikan nilai mereka dan meningkatkan daya saing bagi mendapatkan agihan tersebut.

"Semua ini akan membawa kepada kesan berganda dalam ekonomi. Bukan sahaja perniagaan Bumiputera kekal mapan, lebih banyak perbelanjaan pelaburan akan dihasilkan dan lebih banyak pekerjaan dijana daripada peningkatan aktiviti perniagaan yang meghasilkan  lebih banyak perbelanjaan penggunaan dan peningkatan KDNK dari kedua-dua komponen .

"Pendek kata, peningkatan peruntukan dana untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera daripada RM7.6 bilion pada 2019 kepada RM8 bilion pada tahun 2020 adalah dipuji," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel