KUANTAN, 12 Okt -- Cadangan membenarkan pencarum menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjalani rawatan kesuburan seperti persenyawaan luar rahim atau ‘in-vitro fertilisation’ (IVF), membuka peluang kepada pasangan yang sudah lama berkahwin untuk bergelar ibu bapa.
Zainuddin Osman, 51, yang bergelar bapa selepas 12 tahun berkahwin menyifatkan, cadangan dalam Belanjawan 2020 itu sebagai 'berita baik', kerana menyedari tidak semua pasangan berpeluang mendapat rezeki menjalani rawatan kesuburan yang melibatkan kos yang tinggi.
"Berdasarkan pengalaman saya, ada pasangan biasanya bergolok gadai mencari dan mengumpul wang (untuk menjalani rawatan kesuburan), namun tidak semua rawatan yang dilalui membuahkan hasil.
"Kebenaran mengeluarkan KWSP membolehkan pasangan yang terlibat mencuba rawatan lebih awal, yang mungkin meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan anak, kerana faktor usia untuk wanita,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
Zainuddin dan isteri Nor Rabiatun Razali, 42, dikurniakan satu-satunya cahaya mata mereka iaitu Puteri Norliyana Damia, 7, selepas menjalani rawatan kesuburan di bawah Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat berkata, KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan, seperti IVF.
"Saya berharap ramai pasangan yang tidak dikurniakan anak, dapat mengambil peluang, kerana ada masanya kita mahu berusaha, namun kewangan menjadi kekangan," kata Zainuddin.
Bagi Pegawai Penerangan Daerah Bachok, Kelantan Ahmad Nizam Abidin, 49, yang menunggu 11 tahun sebelum memperoleh cahaya mata menerusi TAFF berkata, pengeluaran itu sewajarnya dibolehkan kerana memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan berkahwin.
"Pengumuman itu amat bertepatan dengan konsep berkeluarga... caruman itu juga adalah milik pencarum, dan jumlah caruman yang banyak juga tidak bermakna jika tiada anak yang boleh mewarisinya.
"Ini permulaan yang baik dan saya berharap jika ada rezeki lebih, kerajaan bersedia membantu mengurangkan kos rawatan IVF, supaya lebih ramai dapat menjalani rawatan tersebut," katanya.
Ahmad Nizam mengakui dirinya bertuah, kerana dapat menjalani rawatan IVF di bawah tajan TAFF selepas 11 tahun berkahwin, kerana mengetahui ada pasangan yang masih menunggu giliran walaupun sudah 22 tahun mendirikan rumah tangga.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel