IPOH, 12 Okt -- Kerajaan Negeri Perak akan berusaha memperluaskan infra telekomunikasi dengan kerjasama pihak swasta, supaya kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar di negeri itu mendapat kemudahan jalur lebar lebih baik.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata antara pihak swasta yang dicadang termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain lagi, untuk memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.
"InsyaAllah Perak akan beri penekanan dalam hal ini untuk pembentangan bajet negeri yang akan dibentang bulan hadapan," katanya ketika mengulas pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang berjaya mengurangkan harga jalur lebar 49 peratus dan mempercepatkan kelajuannya tiga kali ganda.
Hasnul Zulkarnain berkata ia merupakan satu kejayaan besar kerajaan hari ini untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan pada yang sama mengurangkan harga perkhidmatan, supaya bilangan pengguna yang mampu melanggan dapat ditingkatkan.
"Dalam perkembangan pesat teknologi digital pada hari ini, capaian jalur lebar kini bukan lagi satu kehendak tetapi ia adalah satu keperluan, maka sesuatu yang menjadi keperluan, harga yang perlu dibayar mestilah pada kadar yang munasabah, kompetitif dan mampu dilanggan.
"Barulah rakyat dapat menikmati perkembangan yang berlaku dan sedikit sebanyak memudahkan urusan mereka sebelum ini," katanya.
Selain itu, Hasnul Zulkarnain berkata Kerajaan Negeri juga akan segera meneliti cadangan mewujudkan perpustakaan digital di Perak, bagi mengenal pasti aspek-aspek yang diperlukan, supaya projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan berjaya dilaksanakan.
Katanya ia merupakan salah satu inisiatif yang dapat memanfaatkan perkembangan teknologi digital dan kemudahan infra telekomunikasi yang sedang berkembang di Perak, dalam usaha meningkatkan budaya perkongsian pengetahuan dan pendidikan.
“Dengan adanya perpustakaan digital, ia akan menjadi satu konsep baharu perpustakaan yang tiada sempadan fizikal, tersedia sepanjang masa, berupaya menyimpan lebih banyak bahan dan maklumat serta mempunyai akses yang luas.
"Ini adalah satu perkembangan yang baik dalam membudayakan perkongsian ilmu pengetahuan dan menggalakkan rakyat Perak untuk menggunakan kemudahan ini dan tidak perlu lagi untuk datang ke premis seperti mana perpusatakaan tradisional," katanya.
Mengenai pengumuman pusat peningkatan digital sehenti di semua negeri yang bertujuan memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), beliau berkata pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Digital Perak bagi memastikan projek itu memenuhi keperluan dan dapat menjadi nilai tambah kepada PKS di Perak.
Beliau berharap mereka yang bakal menerima manfaat daripadanya terutamanya di negeri Perak, dapat mengambil peluang menggunakan kemudahan itu, seterusnya menjadikan perusahaan mereka berkembang seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel