BERITA

Penurunan had bagi menyelesaikan hartanah tidak terjual tidak wajar jejas tumpuan kepada perumahan mampu milik - PAM



KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berkata walaupun penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 merupakan langkah jangka pendek yang baik untuk menjual hartanah tidak terjual sedia ada, ini tidak sepatutnya menghalang pemaju daripada memberi tumpuan kepada perumahan mampu milik untuk segmen B40 dan M40.

Semasa membentang Belanjawan 2020 semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa untuk mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual bernilai M8.3 bilion pada suku kedua 2019, kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 pada 2020.

"Kami juga berharap ini tidak akan menjejaskan pemaju daripada tumpuan mereka kepada perumahan mampu dimiliki untuk segmen B40 dan M40," kata Presidennya Lilian Tay dalam kenyataan.

PAM juga menyambut baik lanjutan skim perumahan untuk golongan muda oleh Cagamas dan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk dua tahun lagi bagi membantu golongan belia membeli rumah pertama mereka, kerana ini akan menggalakkan pemaju untuk mengkaji semula produk perumahan mereka dan mempelbagaikan segmen ini untuk memadankan komitmen kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

"PAM juga menggesa BSN memperluas insentif pemilikan rumah yang sama dan tidak hanya kepada belia, bahkan untuk isi rumah yang hanya seorang anggota keluarga yang bekerja untuk membeli kediaman mampu milik," katanya.

PAM juga menunggu projek-projek pembangunan baharu atau projek yang dihidupkan semula seperti Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), bandar Bandar Malaysia, menaik taraf lapangan terbang, pembangunan Pulau Carey untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pusat maritim dan hab logistik kargo, dan kemudahan sukan baharu.

"Kami berharap pemerolehan projek-projek nasional penting ini akan melalui proses persaingan reka bentuk terbuka yang PAM boleh membantu, yang seterusnya akan membuka peluang kepada firma arkitek Malaysia yang lebih kecil dan besar untuk meningkatkan kapasiti," katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel