GEORGE TOWN,12 Okt -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam sebagi belanjawan yang dinamik dan inklusif serta memberi keutamaan kepada kemakmuran rakyat dan pertumbuhan yang mampan.
Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan belanjawan itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi projek strategik berimpak tinggi Chuping Valley Industrial Area (CVIA).
"CVIA bakal mentransformasi Perlis dan merevolusi ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta dijangka menarik lebih banyak pelaburan, malah dapat mewujudkan pekerjaan bagi penduduk tempatan sekali gus mengurangkan migrasi keluar penduduk dari negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya NCIA akan memulakan pelaksanaan infrastruktur CVIA pada November ini, dan dijangka mula menerima pelabur seawal Jun 2020.
Menurutnya projek itu dijangka menarik pelaburan sebanyak RM4.5 bilion dan mewujudkan 13,000 peluang pekerjaan apabila siap sepenuhnya. Sementara itu, Jebasingam berkata prestasi industri elektrik & elektronik (E&E) yang mencatatkan jumlah pasaran eksport paling tinggi dan menjadi penyumbang utama ekonomi negara, juga mendapat sokongan dan galakkan dalam Belanjawan 2020.
Katanya pembangunan langsung industri E&E di NCER mencatatkan 44 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan langsung industri E&E di Malaysia yang berjumlah RM30.04 bilion, dengan Pulau Pinang sebagai hab E&E di NCER telah menyumbang RM9.93 bilion, sepanjang 2016 sehingga 2018.
“Dengan pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada syarikat elektrik dan elektronik yang melabur dalam perkhidmatan berasaskan pengetahuan serta Elaun Cukai Pelaburan Khas untuk menggalakkan syarikat E&E sedia ada untuk terus kekal melabur, disambut baik supaya NCER menjadi hab industri E&E di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata NCIA turut menghargai peruntukan dana RM300 juta untuk menyokong Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) yang berpotensi menjadi jaguh serantau serta RM50 juta untuk menggalakkan PKS menyertai lebih banyak aktiviti promosi.
Menurutnya peruntukan ini selaras dengan pembangunan modal insan di NCER bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat.
"Peruntukkan ini adalah kelangsungan kepada rangka kerja strategik NCER dalam mewujudkan pekerjaan, peluang keusahawanan dan meningkatkan pelaburan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel