BERITA

Belanjawan 2020 : melangkah ke era transformasi digital namun adakah keselamatan kita cukup terjamin?



KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Belanjawan 2020 menunjukkan bahawa Malaysia akan melalui tahun penuh revolusi teknologi dengan RM21.6 bilion dilaburkan untuk pembangunan 5G, yang akan membuka peluang besar, selain perlunya usaha untuk meningkatkan keselamatan dalam dunia siber.

Bagi aspek perniagaan, dengan peruntukan RM550 juta untuk membangunkan automasi dalam sektor perkilangan selaras IR 4.0, operasi akan menjadi lebih digital dengan lebih data berharga memasuki dunia dalam talian, kata Pengurus Negara Sophos Malaysia, Wong Joon Hoong hari ini.

"Dengan perhubungan yang lebih kukuh dan lebih banyak platform latihan, kita kini melihat peningkatan pesat dalam perniagaan dalam talian, urus niaga harian dan pertukaran data dalam ruang siber.

Namun adalakah dengan peningkatan mendadak penglibatan digital ini, gaya hidup keselamatan kita terus meningkat seiring? " tanya beliau.

Beliau berkata tanggungjawab terbesar terhadap keselamatan terletak dibahu organisasi, baik awam atau swasta, bagi melindungi rakyat Malaysia daripada peningkatan serangan siber.

Sophos ialah perisian keselamatan dan syarikat perkakasan British.

"Yang lebih penting, organisasi bukan sahaja perlu menumpukan perhatian kepada meningkatkan kemahiran pekerja untuk memanfaatkan penyelesaian digital baharu, bahkan turut menilai semula pengetahuan mereka mengenai pengetahuan dalam melindungi maklumat dalam talian," katanya dalam reaksi kepada Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam.

Menurut penyelidikan terbaru Sophos, Masa Depan Keselamatan Siber di Asia Pasifik dan Jepun - Kebudayaan, Kecekapan, Kesedaran - mendedahkan bahawa 51 peratus responden Malaysia berkata mereka tidak mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjamin aset digital mereka, termasuk pasukan keselamatan siber untuk mengesan, menyiasat dan bertindak balas dengan tepat terhadap ancaman.

Dari segi pengambilan bakat, yang Malaysia agak ketinggalan, 72 peratus responden menyatakan kesukaran masing-masing untuk mengambil pekerja mahir dalam keselamatan siber.

"Sebagai peneraju global dalam rangkaian dan titik akhir keselamatan siber generasi akan datang, kami percaya inilah masa yang sangat penting untuk perniagaan memperakui mengenai pentingnya teknologi pelindungi selari pelan transformasi digital mereka.

Apabila inisiatif digital dilaksanakan dalam negara, perniagaan perlu mengukuhkan teknologi perlindungan mereka seiring dengan penggunaan penyelesaian teknologi yang mengganggu. Ia setakat ini, masih ada ruang besar untuk penambahbaikan,” katanya.

Walaupun, perniagaan bukan satu-satunya pengawal untuk melindungi keselamatan pada era baharu ini, individu sendiri juga penting dalam kitaran penyelenggaraan keselamatan ini. Galakan untuk Malaysia memasuki dunia tanpa tunai tidak terjejas. Kini semakin banyak urus niaga yang dilakukan secara dalam talian, dan oleh itu pengguna perlu dididik mengenai kaedah untuk menjamin keselamatan e-dompet mereka, kata Wong.

Beliau berkata menerusi pembiayaan dan dasar yang betul pada masa ini, kini terdapat lebih banyak peluang bagi kedua-dua sektor awam dan swasta untuk bersatu dalam mendidik perniagaan dalam semua saiz untuk mengambil tindakan untuk memperoleh keselamatan di ruang siber.

Sophos percaya bahawa pendidikan mengenai keselamatan siber terus menjadi perhatian utama.

Untuk Malaysia makmur sama rata di seluruh negara, mesti ada persetujuan bersama mengenai kaedah pelaburan teknologi diagihkan untuk menyokong aktiviti ekonomi merentas semua sektor, komuniti dan lokasi yang berlainan.

"Bagaimanapun, ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mengambil langkah pencegahan dan perlindungan yang tepat. Apapun, Sophos teruja untuk meraikan perkembangan yang akan dilakukan Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel