BERITA

Labuan berharap mendapat tempias daripada program sukan untuk semua



LABUAN, Oct 12 -- Labuan berharap akan mendapat tempias daripada Program Sukan Untuk Semua di bawah Belanjawan 2020 yang diumumkan semalam untuk memperbaiki kemudahan di Komplek Sukan Labuan yang terabai sejak dua dekad kerana masalah kewangan sehingga menjejaskan aktiviti sukan di pulau bebas cukai itu.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata beliau difahamkan Jabatan Belia dan Sukan Labuan menerima RM20 juta tahun lepas bagi memperbaiki kemudahan di komplek sukan itu, namun ianya tidak mencukupi.

“Sebagai contoh kolam renang masih terbiar kerana terdapat kerosakan pada struktur dan perlu diperbaiki segera untuk kemudahan para atelt renang,” katanya pada majlis makan malam Yayasan Pembangunan Labuan dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di sini Jumaat malam.

Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak  RM299 juta di bawah Belanjawan 2020 untuk melaksanakan Program Sukan Untuk Semua, termasuk memulih dan menaik taraf kemudahan sukan, seperti kompleks belia dan sukan serta kompleks sukan komuniti seluruh negara.

Rozman berkata Labuan juga berharap mendapat tempias daripada peruntukan RM1.1 bilion  bagi memenuhi aspirasi  Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) memandangkan Labuan telah meningkatkan usaha untuk mempromosikan pelancongan sukan dengan beberapa permainan antarabangsa yang diadakan sejak tahun lepas yang membantu merangsang aktiviti ekonomi tempatan.

"Apa  kita bimbangkan peruntukan bagi sektor pelancongan Labuan selama ini  sangat rendah, dan ini telah menghalang usaha kita untuk setanding dengan destinasi pelancongan yang popular di negara ini,” katanya.

Sementara itu bekas  ahli parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman bahawa Hospital Labuan sebagai penerima sebahagian peruntukan  RM1.6 bilion bagi menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada.

 “Ini  diharap dapat meningkatkan perkhidmatan penjagaan dan rawatan kesihatan di hospital itu dan  membolehkan pesakit-pesakit kronik di Labuan ini tidak lagi ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang lebih lengkap berbanding Hospital Nucleus di Labuan,” katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel