KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Tumpuan kerajaan dalam mengukuhkan institusi, tadbir urus dan integriti, penting dalam memulihkan keyakinan pasaran, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) Michele Kythe Lim hari ini.
“Usaha ini penting dalam menangani beberapa isu utama supaya pertumbuhan dan pembangunan negara berada pada kedudukan yang lebih kukuh pada masa depan,” katanya.
Antara lain, Belanjawan 2020 akan terus menambah baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menerusi penambahan 100 pegawa tahun depan, selain memperuntukkan RM10 juta untuk melaksanakan Ujian Penilaian Risiko di semua kementerian, jabatan dan agensi.
Kerajaan juga akan melaksanakan permbaharuan yang diperlukan, termasuk penggubalan undang-undang serta penubuhan institusi seperti Suruhanjya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam, turut mengumumkan penubuhan Ombudsman Malaysia bagi menggantikan Biro Pengaduan Awam bagi meningkatkan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
"Selain insentif untuk memangkinkan lagi ekonomi digital - khususnya insentif bernilai RM1 bilion untuk menarik pelaburan syarikat Fortune 500 dan syarikat unicorn global dalam teknologi tinggi, pembuatan dan sektor ekonomi baharu, disokong oleh inisiatif kesediaan bakat untuk menyediakan tenaga kerja Malaysia untuk ekonomi baharu, pendekatan kerajaan secara menyeluruh dalam meningkatkan landskap ekonomi keseluruhan dipuji,” kata Lim dalam kenyataan di sini hari ini.
Melabur dalam platform dan prasarana yang diperlukan untuk mengukuhkan kesejahteraan sosioekonomi menunjukkan kedudukan jelas tentang cara mereka dalam melaksanakan Wawasan Kemakmuran Dikongsi yang baharu 2030 (SPV2030).
"Perniagaan harus mengambil petunjuk daripada kerajaan dalam menjalankan perniagaan mereka, yang bertujuan untuk memperluas fokus melepasi keuntungan semata-mata kepada impak perniagaan secara menyeluruh terhadap persekitaran dan komuniti, dengan mengambil kira objektif SPV2030."
Untuk itu, lembaga pengarah dan pengarah mempunyai peranan penting dalam menentukan keutamaan dan arah tuju perniagaan bagi memastikan mereka menepati piawaian tertinggi tadbir urus korporat dan akauntabiliti dan pada masa yang sama mengambil kira kesan yang lebih luas kepada pemegang kepentingannya - seperti pelanggan, kakitangan, persekitaran komuniti, pihak dalam rantaian bekalan, selain pelabur, pembiaya dan pengawal selia, katanya.
"Secara menyeluruh, lembaga pengarah dan pengarah bertanggungjawab dalam memastikan perniagaan memberi tumpuan kepada mewujudkan kesan positif, yang akan mewujudkan gelombang yang serupa dalam segmen komuniti yang berbeza ini," kata Lim.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel