KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata Belanjawan 2020 berjaya menangani beberapa isu yang dihadapi negara, dan pada masa yang sama memacu pertumbuhan dan mencapai hasil saksama jangka panjang.
"Ia (belanjawan) bertujuan memperkukuh struktur ekonomi, membangunkan kualiti tenaga kerja dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ia merupakan belanjawam pertama sejak pengumuman Wawasan Kemamurkan Bersama 2030," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
KRI berkata bajet itu menangani beberapa kebimbangan KRI, seperti peningkatan pelepasan cukai individu untuk bayaran TASKA yang dapat memperkukuh penjagaan dengan mengurangkan beban kewangan keluarga, yang diketengahkan dalam laporan kajian ‘Masa untuk Penjagaan: Ketidaksamaan Gender, Kerja Tanpa Bayaran dan Penggunaan Masa’.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan pelepasan cukai individu ke atas yuran yang dibayar untuk mendaftar anak di tadika dan taska berdaftar, daripada RM1,000 kepada RM2,000, bagi meringankan beban kewangan mereka.
"Bantuan Sara Hidup (BSH) yang lebih bersasar dan diperluaskan merupakan langkah yang betul untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah," katanya.
KRI berharap dapat terus memainkan peranan dalam menyokong pembangunan dasar yang ditangani dalam Belanjawan 2020 dan matlamat yang lebih luas dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel