BERITA

Pantau perkembangan belanjawan setiap 6 bulan - Mustapa

Datuk Seri Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Belanjawan 2020 dijangka meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, namun kemajuannya perlu dipantau secara berterusan bagi memastikan keberkesanannya.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata prestasi pembangunan dan hasil kerajaan perlu disemak setiap enam bulan.

"Elok dimaklumkan kepada rakyat Malaysia apa yang telah dicapai dari segi perbelanjaan, khususnya pembangunan dan hasil,” katanya kepada Bernama selepas Program Ruang Bicara, di Wisma Bernama.

Mustapa berkata Belanjawan 2020 antara lain adalah lebih menyeluruh merangkumi persediaan masa hadapan, digital, Revolusi Industri 4.0.

Menurutnya, ramai menjangkakan kerajaan mungkin mengurangkan perbelanjaan dalam Belanjawan 2020 berikutan kedudukan semasa yang mencabar.

“Namun kerajaan masih mampu menambah perbelanjaan. Tidak terlalu dogmatik dan terus berbelanja. Jadi seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ramai yang gembira,” katanya, menambah kerajaan perlu menambah baik komunikasi dan membuat penjelasan kepada rakyat mengenai polisi yang dilakukan.

Pada pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan memperuntukkan RM297 bilion untuk 2020, peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion, tahun lepas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah itu tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.

Belanjawan 2020 merangkumi RM241 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan baki RM56 bilion lagi untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Hasil kerajaan dijangka mencecah RM244.5 bilion pada tahun depan iaitu peningkatan sebanyak RM11.2 bilion berbanding 2019, tanpa mengambil kira dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel