KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan 2020 menunjukkan bahawa Kerajaan mengutamakan industri pembinaan sebagai antara pemacu utama pembangunan ekonomi negara, kata Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid.
Belanjawan 2020 menyaksikan peruntukan disediakan untuk pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur serta kemudahan sosial.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengutamakan industri pembinaan sebagai antara pemacu utama pembangunan ekonomi negara. Projek-projek ini akan terus meningkatkan pembangunan industri pembinaan, mewujudkan kesan limpahan dalam keseluruhan sektor ekonomi yang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Projek-projek ini akan terus meningkatkan pembangunan industri pembinaan, mewujudkan kesan limpahan dalam keseluruhan sektor ekonomi yang lain, katanya.
Di samping itu, CIDB berkata jaminan padanan 1:5 RM1 bilion bagi dana ekuiti persendirian khusus untuk melabur dalam konsortium Malaysia, akan menggalakkan penyertaan lebih banyak konsortium Malaysia dalam projek pembinaan di luar negara.
"CIDB juga menyokong sepenuhnya pengenalan program kesamarataan kos pengambilan pekerja Program #WatanKerja (Locals @ Work), sebagai cara untuk memberi insentif kepada peralihan dari pergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah," katanya.
Menerusi program ini, insentif upah bagi rakyat Malaysia yang diambil menggantikan pekerja asing ialah RM350 atau RM500 sebulan, bergantung kepada sektor, selama tempoh dua tahun, manakala insentif pengambilan yang bersesuaian untuk majikan adalah sehingga RM250 sebulan untuk dua tahun.
"Tumpuan kerajaan dalam menggalakkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan menggalakkan lebih ramai belia tempatan memasuki kursus TVET, terutama dalam industri pembinaan," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel