KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Microsoft Malaysia berkata sektor pendidikan memperoleh peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020, sebanyak RM64 bilion, yang bermatlamat membangunkan bakat tempatan untuk masa hadapan, dan pada masa yang sama memperkasa pendidikan, pembangunan kemahiran dan bakat serta menyediakan asas ekonomi yang kukuh.
Ia berkata peruntukan sebanyak RM11 juta adalah sebagai inisiatif kepada Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar terlibat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang bermatlamat melahirkan Bakat Malaysia untuk masa hadapan.
“Selari dengan dasar ‘sifar penolakan’ Kementerian Pendidikan, belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam turut memperuntukkan RM23 juta untuk kemudahan sekolah mesra pelajar OKU bagi memastikan tiada kanak-kanak dipinggirkan dalam bidang pendidikan disebabkan ketidakupayaan mereka.
"Kami melihat teknologi sebagai pemangkin, merapatkan jurang peluang, dan membolehkan OKU mengambil bahagian dalam ekonomi digital," kata Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K Raman dalam kenyataan di sini hari ini.
Microsoft juga mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia menerajui dalam matlamat mengambil sekurang-kurangnya satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam, dengan mula menyediakan pelajar dengan alat dan pengetahuan yang mencukupi untuk menyumbang kembali kepada negara .
"Dalam dunia digital hari ini, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk belajar dan belajar semula, semasa kita bekerja untuk menjadi Negara Digital, transformasi dan selamat dari segi reka bentuk.
"Ketika Malaysia berusaha menjadikan sistem pendidikannya lebih inklusif, ia menawarkan peluang unik untuk mengembangkan kemahiran digital," kata Raman.
Belanjawan 2020 juga menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu mereka berinovasi dan berada dalam barisan hadapan pembangunan di era digital.
Menurut Raman, peruntukan itu menggalakkan PKS untuk menaik taraf operasi digital mereka, memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembinaan kapasiti sejajar dengan revolusi perindustrian keempat (IR4.0).
"Kerajaan akan terus membiayai latihan usahawan mikro dan teknologi dan mengembangkan penciptaan dan kandungan digital tempatan, terutama dalam e-Permainan, animasi dan seni digital," katanya.
Beliau berkata syarikat itu juga gembira kerana Pelan Penyambungan dan Gentian Optik Nasional akan mengguna pakai pendekatan perkongsian awam-swasta dan menggesa sektor swasta supaya berganding bahu dalam usaha pendigitalan.
"Malaysia dijangka menjadi ekonomi pertama di dunia dengan infrastruktur digital dan sosial yang mantap yang berfungsi untuk merapatkan peluang ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Langkah-langkah utama yang dilakukan dalam belanjawan itu akan membantu meningkatkan lagi ekonomi digital, memacu pertumbuhan untuk PKS dan perusahaan, meningkatkan pembangunan kemahiran tenaga kerja serta akses pendidikan untuk semua," kata Raman.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel