BERITA

Ringgitplus harap insentif kepada e-dompet yang tidak benarkan pengeluaran tunai dihadkan

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ringgitplus.com berharap kerajaan akan menghadkan insentif kepada e-dompet yang tidak membenarkan kemudahan pengeluaran wang tunai, sebagai respons kepada pemberian kredit RM30 ke dalam akaun e-dompet rakyat Malaysia pada awal tahun depan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020. 

Ketua Pegawai Eksekutif Hann Liew berkata jika insentif tersebut tidak dihadkan, ia akan mengurangkan keberkesanan langkah untuk merangsang rakyat menggunakan e-dompet serta menjadi masyarakat tanpa tunai. 

"Walaupun angka itu agak kecil tetapi berdasarkan kepada skop dan skala polisi, saya harap kita akan mendapat kesan yang sama dengan polisi nyahwang duit kertas yang pernah dibuat di India," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam menyokong sepenuhnya inisiatif kerajaan untuk mengimbangi agihan semula pendapatan, seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, beliau berpendapat kenaikan dua mata kepada kadar cukai 30 peratus bagi mereka yang berpendapatan lebih daripada RM2 juta mungkin boleh tersasar, sekurang-kurangnya secara visual. 

Di sebalik melintasi ambang psikologi sebanyak 30 peratus untuk kadar cukai tertinggi, pencukaian baharu ini hanya memberi kesan ke atas lebih kurang 2,000 pembayar cukai, oleh itu, akan mengurangkan impak langkah tersebut.

"Saya berpendapat dengan membuat analisis sensitiviti ke atas semua pembayar cukai yang berpendapatan melebihi RM250,000 setahun dan mengekalkan kadar tertinggi pada 28 atau 29 peratus akan menjadi alternatif yang lebih baik.

"Ini membolehkan kita untuk mengekalkan kadar tertinggi di bawah paras 30 peratus dan masih mampu meningkatkan impak pendapatan bersih ke atas poket kerajaan," tambahnya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel