BERITA

Belanjawan 2020: 20 klinik kesihatan, sebuah hospital baharu bakal dibina



IPOH, 12 Okt -- Sebanyak 20 klinik kesihatan dan sebuah hospital baharu akan dibina berdasarkan sejumlah peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan pada Belanjawan 2020, semalam, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata merujuk kepada pembinaan hospital baharu, sebanyak RM1.17 bilion diperuntukan bagi naik taraf kemudahan-kemudahan hospital manakala RM416.1 juta melibatkan pembinaan hospital baharu iaitu Hospital Kampar selain projek-projek pembinaan hospital yang sedang berjalan.

“Manakala sejumlah RM95 juta turut diperuntukkan untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan hospital sedia ada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Edaran Pelekat Notis Larangan Merokok di Premis Perniagaan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut berkaitan 20 klinik kesihatan baharu yang akan dilaksanakan itu, Dzulkefly berkata kementeriannya menitik beratkan aspek pengukuhan perkhidmatan di klinik kesihatan seluruh negara bagi menyampaikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

“Jadi, mana-mana klinik kesihatan yang memerlukan dana dan baikpulih atau naiktaraf, kita akan beri keutamanaan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A Sivanesan.

Sementara itu, Sivanesan pula berkata, hospital Kampar baharu yang akan dibina bagi menggantikan hospital sedia ada itu akan memberi manfaat besar kepada penduduk.

“Kita tidak dapat memastikan lagi berapa banyak katil bagi Hospital Kampar baharu yang akan dibina nanti, tetapi Hospital Kampar sedia ada sekarang mempunyai kira-kira 80 katil.

“Hospital Kampar yang sedia ada sebelum ini bukan jenis hospital pakar, jadi kita mengharapkan hospital baharu yang akan dibina ini akan dapat menjadi hospital pakar sepenuhnya,” katanya sambil memaklumkan terdapat empat hospital pakar di Perak

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM30.6 bilion bagi memastikan rakyat memperoleh akses penjagaan kesihatan berkualiti untuk semua selaras dengan aspirasi masyarakat yang inklusif.

Lim membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama berkata peruntukan tersebut lebih tinggi berbanding RM28.7 bilion pada belanjawan tahun lepas yang bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan penjagaan kesihatan awam.

Katanya, peruntukan yang diumumkan itu merangkumi tujuh perkara, antaranya RM1.6 bilion bagi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada, termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

Manakala sejumlah RM319 juta bagi membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel