BERITA

Sasaran defisit fiskal dilihat mencabar - Standard Chartered



KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Walaupun kerajaan tetap komited terhadap fiskal berhemat untuk beberapa tahun akan datang dengan kadar konsolidasi fiskal yang lebih berperingkat pada 2020, namun pendekatan itu masih dilihat mencabar susulan kekurangan ruang hasil, menurut Penyelidikan Global Standard Chartered Bank hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 semalam berkata sasaran defisit fiskal ditetapkan semula pada 3.2 peratus daripada Keluran Dalam Negara Kasar (KDNK), sedikit lebih tinggi berbanding angka yang diunjurkan ketika pengumuman Belanjawan 2019 untuk 2020 -- 3.0 peratus.

Bagi 2019, ia dijangkakan pada 3.4 peratus.

Berdasarkan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) kerajaan, defisit fiskal purata dijangkakan  pada 2.6 peratus daripada KDNK untuk tempoh 2021 hingga 2022, menurut firma penyelidikan itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Ini mungkin satu sasaran yang mencabar. Berasaskan andaian pengurangan seragam dalam defisit fiskal, kerajaan mungkin perlu menyasarkan defisit 2.8 peratus dan 2.6 peratus daripada KDNK masing-masing bagi 2021 dan 2022,” katanya.

Ini bertujuan untuk mencapai sasaran defisit yang akan menjadi impak rasionalisasi perbelanjaan bagi jangka sederhana memandangkan kerajaan tidak memperkenalkan sebarang langkah utama untuk hasil bagi 2020.

Merujuk kepada MTFF itu, jumlah hasil kepada KDNK disasarkan pada 15 peratus daripada KDNK.

“Jangkaan kami hasil 2020 adalah 15.2 peratus daripada KDNK manakala daripada persepektif pertumbuhan, MTFF mengunjurkan pertumbuhan hasil 4.2 peratus setahun pada 2021 dan 2022, lebih tinggi berbanding purata pertumbuhan 2.3 peratus bagi tempoh 2016 hingga 2020,” katanya.

Justeru itu, sebarang kejutan positif, seperti kutipan cukai yang lebih cekap atau cukai baharu bagi tempoh beberapa tahun akan datang, sewajarnya meredakan tekanan ke atas rasionalisasi perbelanjaan, menurutnya.

Sementara itu, MIDF Research turut mengakui bahawa kerajaan masih kekal berpegang kepada rancangan konsolidasi fiskal manakala defisit belanjawan Malaysia telah dikurangkan secara beransur-ansur sejak 2009, daripada setinggi 6.7 peratus kepada 3.2 peratus pada 2020.

“(Bagaimanapun), prospek bagi mencapai belanjawan seimbang dalam tempoh tiga tahun akan datang tentunya amat sukar khususnya dengan persekitaran ekonomi global dan ketidaktentuan pasaran selain harga komoditi yang tidak stabil,” menurutnya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel