BUKIT MERTAJAM, 12 Okt -- Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam dilihat akan meningkatkan lagi jumlah pelajar untuk mengikuti program pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) susulan pengumuman beberapa peruntukan untuk sektor itu semalam.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata penambahan pelajar terutama golongan belia dalam bidang TVET akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja warga asing kerana peningkatan pekerja berkemahiran tinggi.
"Saya lihat dengan peruntukkan (dalam belanjawan) yang diumumkan semalam akan menambahkan jumlah pelajar untuk mengikut bidang TVET pada masa hadapan yang sekarang ini semakin menjadi pilihan pelajar berikutan menawarkan kursus kemahiran tinggi kepada mereka (pelajar).
"Malah peruntukan itu juga memberi gambaran positif terhadap kebolehpasaran bidang TVET yang memberi jaminan dalam mendapatkan pekerjaan kerana lepasan bidang tersebut memang menjadi rebutan majikan serta pihak industri. Ketika ini kebolehpasaran ialah 90 peratus," katanya kepada pemberita di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Pertandingan Worldskills Malaysia Belia Peringkat Akhir Tahun 2019, satu pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan tahunan bagi mencungkil bakat kemahiran belia dan mengiktiraf belia berkemahiran tinggi.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata menyedari keperluan kepada latihan kemahiran aras tinggi ini, kerajaan menerusi belanjawan 2020 telah meningkatkan jumlah peruntukan daripada RM5.7 bilion tahun ini kepada RM5.9 bilion tahun depan dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi belia.
Menurutnya sokongan kerajaan terhadap pembangunan TVET memang konsisten apabila institusi-institusi yang mendominasi latihan kemahiran turut menerima peruntukan untuk melatih calon pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakannya di peringkat sijil dan diploma.
Katanya menerusi Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11), Kerajaan Persekutuan menyasarkan seramai 233,000 pelajar mengikuti bidang TVET dan jumlah itu hampir dicapai menjelang tahun hadapan.
"Selain itu, menerusi pembentangan belanjawan semalam kerajaan turut mengumumkan inisiatif untuk pelajar TVET iaitu wang bulanan RM100, mereka (pelajar) bukan sahaja belajar secara percuma malah menerima wang bulanan lagi setiap bulan. Ini menunjukkan kita(kerajaan) mahu bidang TVET terus maju," katanya.
Katanya negara juga tidak boleh terkebelakang dalam bidang kemahiran memandangkan kehendak negera mendukung revolusi industri 4.0 dan sebab itu ia memerlukan lebih ramai pelajar lepasan TVET untuk menjayakannya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel