KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Inisiatif untuk melonjakkan sektor digital bukan sahaja akan menguntungkan peserta e-dagang tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana tempatan (PKS), kata Shopee.
Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta dan RM70 juta kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi melatih usahawan digital mikro serta pakar-pakar teknologi termasuk menubuhkan 14 hab sehenti Pusat Peningkatan Digital.
"Ini adalah sejajar dengan wawasan kami untuk terus mempertingkatkan kemahiran, mendidik dan menyediakan perniagaan tempatan ke arah penerimaan e-dagang.
"Langkah itu dilihat menepati masa memandangkan hanya 32 peratus daripada PKS Malaysia telah menerima pakai pendigitalan," kata Pengarah Urusan Wilayah Ian Ho dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai rakan kongsi MDEC, platform e-dagang itu akan melengkapkan inisiatif perbadanan tersebut dengan menggandakan usahanya termasuk memperuntukkan sumber dan tenaga kerja bagi mewujudkan asas yang kukuh dan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan menjalankan urus niaga dalam talian, khususnya melalui bengkel percuma Shopee University yang disediakan kepada penjual, katanya.
Selain itu, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), yang merupakan kunci kepada 5G, secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pembeli dalam talian.
"Dengan sambungan Internet yang lebih baik, ianya akan membolehkan kami untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dengan lebih cekap, terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan terpencil, yang masih tidak mempunyai akses kepada pelbagai jenis keperluan," kata Ho.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel