MELAKA, 12 Okt -- Peruntukan berjumlah RM1.1 bilion Belanjawan 2020 kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bakal memberi manfaat besar kepada sektor pelancongan negeri ini.
Ketua Menteri Adly Zahari kerana sektor pelancongan merupakan penyumbang utama ekonomi negeri itu dan peruntukan tersebut akan memberi insentif khususnya untuk pembangunan fasiliti bagi menyokong dan merancakkan sektor pelancongan Melaka.
Katanya peruntukan itu juga akan membantu kerajaan negeri dan pemain industri pelancongan untuk memberi penekanan terhadap sub sektor pelancongan kesihatan itu yang kini menjadi pilihan dalam kalangan pelancongan ke negeri itu.
"Peruntukan berjumlah RM1.1 bilion bagi tujuan promosi pelancongan dalam pelbagai aspek antaranya promosi , insentif untuk pemain industri pelancongan yang mengadakan program pelancongan selain untuk fasiliti pelancongan termasuk mereka yang mengusahakan bas pelancongan.
"Jadi Melaka harus bersedia untuk menguruskan bajet yang telah dibentangkan itu kerana hubungan dan kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan termasuk Kementerian Pelancongan akan dpt memberikan impak terus kepada Melaka dan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugarahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 Tuan Yang Terutama Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri di sini, hari ini.
Semalam, Belanjawan 2020 bertemakan, 'Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama' yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen memaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diperuntuk sebanyak RM1.1 bilion untuk jayakan TMM 2020 yang mana kerajaan akan menganjurkan Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 untuk mengisi program TMM 2020 bagi perkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan.
Adly berkata usaha tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan pelaburan di negeri itu sekali gus membuka lebih banyak peluang pekejaan dan meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat. Beliau berkata peruntukan itu juga akan memberi motivasi untuk merubah struktur industri pelancongan negeri dan negara khususnya bagi menggantikan warga asing kepada warga tempatan.
Sementara itu, katanya kerajaan negeri akan membangunkan fasiliti pengurusan air di negeri itu secara lebih mampan bagi memastikan isu gangguan air di Melaka dapat ditangani sebaik mungi pad amas aakan datang.
"Air adalah satu keperluan yang cukup penting dan kita telah melaksanakan pelan tindakan, berbincang dengan sebahagiannya kita telah bertindak untuk menyelesaikan isu gangguan air ini dan saya yakin tindakan itu sekaligus dapat menyelesaikan isu itu untuk tempoh masa panjang," katanya.
Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung penahanan Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, G. Saminathan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beliau berkata tugas Saminathan sebagai exco akan dipangku sementara Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel