TAWAU, 12 Okt -- Peruntukan RM5.2 bilion kepada Sabah menerusi Belanjawan 2020 yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam itu, perlu digunakan secara berhemah.
Menurut Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata, peruntukan yang diberikan itu meskipun ‘tidak cukup’ tetapi perlu dimanfaatkan sekali gus mengelakkan sebarang ketirisan.
“Belanjawan ini sangat menarik walaupun tidak cukup (maksudnya) melihat kepada Sabah ini jauh ketinggalan dari pelbagai sudut seperti pembangunan infrastruktur asas.
“Apapun (belanjawan) ini antara yang terbaik setakat ini dan perlu dimanfaatkan serta elak ketirisan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program Mental Health Run 2019 peringkat daerah di sini, hari ini.
Hadir sama pada program itu Pengarah Hospital Tawau, Dr Norlimah Arsad.
Menurut Sarifuddin lagi, sebanyak mana peruntukan diberikan kerajaan pusat kepada negeri, jika banyak ketirisan di peringkat pengurusan maka hasilnya tetap tidak baik.
“Pembangunan yang kita mahu, tidak dapat dilihat, jadi penting belanjawan itu diurus secara baik dan rasional,” katanya.
Sementara itu, Dr Norlimah berkata keprihatinan kerajaan melalui penyaluran peruntukan menambahbaik keperluan Hospital Tawau sememangnya ditunggu-tunggu.
“Menerusi peruntukan itu, sebanyak 154 katil di tujuh wad (lelaki dan perempuan) disediakan selain penambahan enam bilik pembedahan yang pada ketika ini hanya ada empat bilik pembedahan.
“Misalnya, bilik pembedahan yang bertambah itu membolehkan tempoh menunggu tarikh pembedahan elektif dapati dipendekkan,” katanya.
Di samping itu katanya, penambahbaikan hospital itu mampu meningkatkan kapasiti pelayanan kesihatan di pantai timur Sabah dan Tawau amnya.
Beliau bagaimanapun berkata masih ada pesakit yang akan dirujukkan ke hospital di Kota Kinabalu berikutan Hospital Tawau hanya menyediakan kepakaran umum.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel