BERITA

Kerajaan pusat prihatin kepentingan rakyat Sabah



KOTA KINABALU, 12 Okt -- Belanjawan 2020 dilihat sebagai manifestasi keprihatinan dan komitmen kerajaan pusat terhadap kepentingan rakyat Sabah, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.

Menurut beliau ini khususnya peruntukan khas tahunan kepada Sabah dinaikkan sekali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta.

Katanya peruntukan khas tahunan kepada kerajaan negeri merupakan satu indikasi bahawa kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kira pandangan pimpinan kerajaan Sabah.

“Ini merupakan satu indikasi bahawa kerajaan persekutuan mengambil kira pandangan pemimpin kerajaan Sabah pada hari ini yang menyampaikan pendirian dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan pemberian hasil kepada Sabah yang perlu dikaji semula kerana ianya tidak pernah dilakukan sejak tahun 1969,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Hari Sukan kementeriannya sempena Bulan Sukan Negara 2019, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata bajet besar yang diberikan kepada Sabah sebanyak RM5.2 bilion penting untuk pelaksanaan pembangunan negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

Katanya ini antaranya Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Jalan-jalan Perhubungan Desa dan pelbagai lagi jenis pembangunan lain untuk masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yaacob berharap Sabah mendapatkan peruntukan besar daripada RM783 juta di bawah Belanjawan 2020 untuk membaik pulih sekolah daif di negeri ini.

Peruntukan lebih diperlukan untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di Sabah yang berjumlah 587 buah, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya daripada 587 sekolah daif itu, 91 buah sudah diisytiharkan tidak selamat diduduki dengan kos keperluan keseluruhan baik pulih atau ganti bangunan kira-kira RM3 bilion.

Beliau berkata kelulusan ganti bangunan sekolah daif itu pada tahun ini hanya membabitkan 22 sekolah dengan peruntukan RM88 juta dan sedang dalam proses pelaksanaan.

Yusof berkata kementeriannya berharap baki sekolah tidak selamat diduduki itu yang berjumlah 91 buah dapat diganti pada tahun depan dengan memerlukan peruntukan RM270 juta.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel