BACHOK, 12 Okt -- Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara.
Pengerusinya Senator Datuk Husam Musa berkata sebelum ini secara keseluruhannya ada yang bersikap pesimis terhadap kedudukan ekonomi dan kemampuan kerajaan PH, berikutan masalah yang diwarisi dari segi hutang dan pengurusan kewangan kerajaan terdahulu.
"Tetapi dalam belanjawan ini saya yakin rakyat telah melihat PH meletakkan asas untuk kemajuan ekonomi pada tahun-tahun akan datang.
"Pada keseluruhannya saya lihat belanjawan ini berjaya memulihkan keyakinan rakyat dan mereka mula percaya, PH berjaya mengurus untuk mengembangkan ekonomi melalui Belanjawan 2020," katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Tanaman Fertigasi Berkelompok dan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Syarikat Pergap Enterprise di sini, hari ini.
Turut hadir pengurus syarikat terbabit Mohd Jasnu Ab Rahman dan Timbalan Pengarah Fama (Operasi) Mohd Fadlee Hassan.
Kerajaan semalam memperuntukkan RM297 bilion untuk Belanjawan 2020, tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion.
Lim Guan Eng berkata, ia adalah peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion tahun lalu tanpa mengambil kira peruntukan secara ‘one-off’ bagi bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan tertunggak.
Katanya, peruntukan itu termasuk RM241 bilion perbelanjaan mengurus, manakala bakinya RM56 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Dalam pada itu Husam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berkata, agensi itu mendapat peruntukan sebagaimana yang dipohon sepenuhnya.
Katanya dengan peruntukan itu pihaknya berhasrat mengembangkan bantuan dan sokongan, dalam bidang bukan padi bagi menjana kekayaan petani di zon Kada, selain meningkatkan pengeluaran hasil beras dan padi negara.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel