KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Kerajaan Negeri Sarawak diharap berpuas hati dengan peruntukan yang diberi dalam Belanjawan 2020 kerana kerajaan pusat telahpun menambah sekali ganda jumlah peruntukan berbanding dengan bajet terdahulu.
Belanjawan 2020 memperuntukkan RM5.2 billion untuk Sabah dan RM4.4 billion untuk Sarawak.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Sarawak merupakan negeri kedua tertinggi yang menerima peruntukan Belanjawan 2020 selepas Sabah.
"Itu menunjukkan pihak kerajaan Persekutuan memberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak di mana mereka memperoleh peruntukan yang tinggi (berbanding negeri-negeri lain)," katanya kepada pemberita di taklimat pasca-Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab keluhan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr. Sim Kui Hian yang tidak berpuas hati dengan peruntukan kerajaan Persekutuan untuk negeri bumi kenyalang itu yang dianggapnya tidak mencukupi.
Lim mempersoalkan kenapa isu itu harus timbul kerana kerjaan negeri Sarawak tidak pernah dapat peruntukan setinggi ini daripada pentadbiran kerajaan persekutuan yang dulu.
"Semakan (peruntukan bagi negeri Sarawak) tidak dibuat sejak tahun 1969 tetapi kami (Pakatan Harapan) telah melaksanakannya dengan tambahan sekali ganda.
"Sekiranya sewaktu pentadbiran kerajaan lama mereka boleh berpuas hati sungguhpun dapat jumlah yang kurang, tetapi mengapa kini mereka sudah dapat lebih mereka masih tidak berpuas hati?," tanya beliau.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel