BERITA

Tambah insentif di bawah #WatanKerja - MBM

Jufitri Joha

KUALA LUMMPUR, 12 Okt -- Kerajaan perlu menambah lebih banyak insentif di bawah program #WatanKerja untuk menarik minat rakyat tempatan khususnya golongan muda mengisi pekerjaan dalam sektor 3D iaitu sukar, kotor dan berbahaya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata ramai rakyat Malaysia sanggup menyeberangi Singapura untuk bekerja di sektor tersebut setiap hari kerana insentif yang ditawarkan dalam pekerjaan lebih menarik di negara itu.

"Justeru kerajaan dan pihak majikan sektor pembinaan dan 3D, harus berbincang antaranya menentukan gaji munasabah untuk pekerja sektor tersebut selaras dengan kos sara hidup dan menawarkan pelbagai insentif menarik seperti insuran, dan bayaran lebih masa.

"Pihak majikan juga harus mendedahkan pekerja dalam skim latihan bagi mengubah sikap agar rajin untuk bekerja dan meningkatkan kemahiran agar menjadi pekerja yang berkemahiran,” katanya kepada Bernama.

#WatanKerja (Locals@Work) adalah program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalih kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah, yang diumumkan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2020 semalam.

Ia antara empat program yang akan diperkenalkan di bawah inisiatif #MalaysiaKerja yang akan dilancarkan kerajaan bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. 

Di bawah program itu, warganegara yang menggantikan pekerja asing diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

Tiga lagi program di bawah inisiatif #MalaysiaKerja ialah #GraduanKerja (Graduates@Work), #WanitaKerja (Women@Work) dan #PerantisKerja (Apprentice@Work). 

Menyentuh program #GraduanKerja, Jufitri berkata langkah itu wajar untuk membasmi lambakan graduan menganggur, namun kerajaan harus fokus dalam menyelesaikan agenda berkenaan.

#GraduanKerja direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan, di samping itu, graduan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima. 

Exco Armada Nasional (Bersatu), Muzammil Ismail berkata Belanjawan 2020 dengan jelas memberi perhatian kepada anak muda khususnya dalam memasarkan graduan baharu melalui inisiatif #GraduanKerja, #PerantisKerja dan #WatanKerja.

“Penekanan kerajaan terhadap sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah #PerantisKerja dalam bajet kali ini, perlu dilihat sebagai satu usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu, saya percaya Malaysia juga bakal mencontohi Jerman dalam usaha memasarkan graduan TVET," katanya. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel