BERITA

Penambahbaikan infrastruktur tingkat perhubungan ke Pelabuhan Klang - CBRE I WTW



KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Penambahbaikan infrastruktur, Pintasan Rel Serendah-Pelabuhan Klang dan menaik taraf jalan ke Pelabuhan Klang, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, merupakan langkah tepat pada masanya untuk memperbaiki kesalinghubungan dan menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan itu, kata firma perundingan hartanah CBRE I WTW.

Pengarah Urusannya Foo Gee Jen dalam kenyataan hari ini berkata pembangunan Pulau Carey juga akan membantu meningkatkan kapasiti Pelabuhan Klang, dengan pengendali sedia ada seperti Westport kini sudah beroperasi dengan kapasiti penuh.

"Ini meupakan inisiatif selari yang melengkapi visi Pelabuhan Klang sebagai pusat maritim serantau dan hab logistik pengangkutan," katanya.

Beliau berkata lebih jauh ke utara, syarikat itu melihat pencapaian hab logistik yang sedang berjalan di di Bukit Kayu Hitam akan membawa limpahan ekonomi yang di beberapa kawasan kurang maju di koridor utara.

"Pakej insentif pelaburan khas oleh InvestKL untuk menarik syarikat Fortune 500 dan firma unicorn disambut baik ia dapat membantu mengurangkan lebihan pejabat di Lembah Klang," katanya.

Sementara itu, beliau memuji skim sewa milik (RTO) untuk pembeli rumah pertama berharga di bawah RM500,000, namun mahu kerajaan  mewujudkan Akta Penyewaan yang komprehensif bagi melindungi kepentingan kedua-dua pemilik dan penyewa .

"Memandangkan hartanah bertingkat tinggi yang berharga melebihi RM600,000 merupakan lebih daripada 60 peratus tidak terjual di Lembah Klang, penurunan had untuk pembelian asing kepada RM600,000, akan membuka sebahagian besar pasaran kepada warga asing, yang dilihat sebagai strategi serampang dua mata.

"Namun kerajaan perlu berhati-hati supaya pasaran hartanah domestik tidak terdedah, dengan pembeli tempatan terpaksa bersaing, selain wujud spekulasi yang tidak perlu.

"Kerajaan boleh mempertimbang untuk menambah syarat seperti had yang lebih rendah hanya terpakai kepada stok sedia ada dan tidak termasuk pelancaran baharu, supaya sasaran mengurangkan stok yang tidak terjual, tercapai," katanya.

Cukai keuntungan harta tanah yang disemak semula (RPGT) pada asasnya tidak memberi sebarang perubahan kepada struktur cukai, malah, penetapan semula tahun penilaian, memberi pelepasan cukai.

Ini, katanya, boleh menjadi hasil yang tidak produktif kerana hasil yang dikumpul boleh berubah menjadi nominal.

"Kami berpendapat bahawa hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun tidak sepatutnya tertakluk kepada RPGT kerana ini akan menyusahkan pembeli rumah yang tulen.

"Selain itu, RPGT sifar selepas lima tahun akan merangsang pasaran sekunder dan menggalakkan pelaburan semula ke dalam pasaran hartanah tempatan terutama untuk baik pulih," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel