BERITA

Cadangan jadikan program i-Suri mandatori dalam masa tiga tahun - Wan Azizah



PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Cadangan menjadikan Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) diharap dapat dialihkan daripada skim sukarela kepada mandatori dalam masa tiga tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata pengumuman  belanjawan 2020 yang menyatakan suami boleh memilih untuk menyumbang dua peratus dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke akaun isteri memboleh peringkat pertama fasa ketiga i-Suri dilaksanakan. Ia adalah tertakluk kepada Akta EPF dipinda bagi memasukkan peruntukan ini.

“Cadangan pjndaan ini sekarang berada di pejabat Peguam Negara, dan jika dipersetujui akan dibawa ke Parlimen untuk dibentang dan diluluskan,” katanya  kepada pemberita selepas melancarkan Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1), di sini hari ini.

Wan Azizah berkata caruman yang akan dijalankan sukarela oleh para suami untuk membantu isteri yang telah membantu membina keluarga

"Kita kena berikan satu penjelasan kepada para suami tentang kebaikan caruman ini untuk masa depan bersama dan ia akan berikan lebih lunak buat kita buat satu akta untuk pastikan suami memberi dua peratus caruman kepada isteri," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam, kerajaan mengumumkan program i-Suri ditambah baik dengan beri peluang suami sumbang dua daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isteri.

Selain itu, Wan Azizah turut menyambut baik insentif buat pasangan yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan.

Beliau berkata ia adalah satu langkah baik untuk golongan B40 dan M40 yang ingin mendapat anak, yang sebelum ini turut menjadi perhatian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Wan Azizah berkata insentif tersebut bukan sahaja mengurangkan bebanan kewangan tetapi membawa kebahagiaan kepada pasangan yang inginkan anak, sekaligus memberi satu perasaan yang tidak boleh dibeli.

Belanjawan itu turut mengumumkan KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).

Selain itu, turut diumumkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan.

Secara keseluruhannya, Wan Azizah berkata Belanjawan 2020 lebih seimbang (balanced) dan menyeluruh  kerana kaum wanita dan kanak-kanak turut diberi keutamaan.

Beliau berkata dalam Belanjawan 2019 kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) baru di bangunan kerajaan dan sejumlah 66 buah TASKA telah mendapat manfaat berbanding sasaran awal 50 TASKA.

"Bagi tahun 2020, kerajaan telah bertindak prihatin dengan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA di bangunan kerajaan, terutamanya di hospital dan sekolah pada tahun hadapan.

"InnsyaAllah lebih banyak TASKA akan dapat diwujudkan dan lebih banyak keluarga, ibu bapa dan anak-anak yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini," katanya.

Selain itu, Wan Azizah berkata bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke TASKA dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) berdaftar, pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar akan dinaikkan daripada RM1,000  kepada RM2,000.

"Kita berharap lebih ramai ibu bapa atau penjaga akan memilih untuk menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak lebih terjamin," katanya

Dalam bidang pendidikan bagi Kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), Wan Azizah berkata kerajaan memperuntukkan RM 23 juta kepada sekolah kebangsaan untuk meningkatkan kemudahan dan tahap aksesibiliti sekolah untuk menjadikannya lebih mesra OKU.

"Ini selari dengan dasar penolakan sifar  yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan di mana tiada kanak-kanak OKU dinafikan hak pendidikan disebabkan kelainan upaya mereka. Alhamdulillah," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel