BERITA

Industri nanas dapat suntikan Belanjawan 2020



JOHOR BAHRU, 12 Okt -- Peruntukan yang diumumkan kerajaan semalam dilihat seakan memberi 'lonjakan' Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam membangunkan industri nanas dalam negara.

Menyambut baik pengumuman kerajaan itu, Pengerusi LPNM Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata dengan adanya peruntukan itu, pihaknya akan membuat perancangan untuk tahun hadapan.

"Kita memang puas hati dengan peruntukan yang diumumkan. Kita akan memperhalusinya untuk kita buat perancangan untuk tahun hadapan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Promosi Jualan Segar Pertanian di Plaza Angsana, di sini, hari ini. 

Beliau berkata LPNM akan terus mempromosi nanas untuk ditanam bukan sahaja di kalangan pekebun kecil tetapi juga secara besar-besaran malah usaha turut memfokuskan kepada produk hiliran nanas.

"Kita akan terus menggalakkan (penanaman nanas) sebab makin lama, pasaran makin besar, dalam negeri dan luar negara.

"Bila pasaran makin besar, kita terpaksa menambah lagi pengeluaran," kata beliau.

Abdul Malik berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2020 termasuk peruntukan sebanyak RM150 juta bagi program integrasi tanaman melibatkan tanaman cili, nanas, kelapa dan juga tembikai.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerima peruntukan sebanyak RM4.9 bilion dalam Belanjawan 2020, meningkat 10.9 peratus berbanding RM4.4 bilion bagi tahun 2019.

Terdahulu, dalam ucapan, beliau berkata meskipun dengan keluasan tanaman nanas seluas 16,000 hektar pada masa kini, ia masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan luar negara kerana permintaan nanas dalam negara masih tinggi.

Oleh yang demikian, LPNM akan meneruskan program-program perluasan tanaman nanas yang akan memberi peluang dan manfaat kepada pengusaha dan pekebun kecil di seluruh negara.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel