JOHOR BAHRU, 12 Okt -- Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) percaya Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam menawarkan hala tuju dan landasan pembangunan ekonomi yang baharu kepada Malaysia.
Belanjawan semalam dilihat mampu menjadi pemangkin pembangunan keupayaan baharu untuk membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global, menyediakan peluang penyertaan ekonomi yang saksama kepada rakyat termasuk menyediakan prasarana fizikal dan sistem pemudah cara bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
Menurut Ketua Eksekutif JPDC Mohd Yazid Ja’afar, tumpuan terhadap pembangunan ekonomi digital dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang teknikal serta teknologi turut menjadi faktor penarik kepada pelaburan luar dan membuka banyak peluang untuk industri-industri baharu bertapak di Malaysia.
“Kami percaya langkah kerajaan untuk mula mengkaji secara menyeluruh dan merombak Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan Insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 akan menjadi daya penarik Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di Asia,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengambil contoh dalam konteks pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), inisiatif yang dicadangkan boleh menarik calon-calon pelabur meninjau peluang untuk memulakan operasi dalam fasa kedua pembangunan PIPC.
Peluang-peluang tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti penyimpanan minyak dan produk sudah diproses, penapisan minyak, pemprosesan bahan petrokimia serta pembuatan produk berasaskan petrokimia.
PIPC berkeluasan 22,000 ekar (8,903 hektar) merupakan projek yang diselaras oleh JPDC selaku agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Mohd Yazid berkata fasa pertama pembangunan PIPC yang bermula dari 2012 sehingga 2018 telah memperlihatkan dua projek di bawah pemangkin utama, yang kini sudah pun beroperasi.
Salah satunya merangkumi pembangunan Terminal Pengerang Deepwater oleh DIALOG Group, sebuah pusat penyimpanan minyak berkapasiti 1.3 juta meter padu yang lengkap dengan kemudahan dermaga laut dalam di atas tapak seluas 1,300 ekar (526 hektar) dengan nilai pelaburan berjumlah US2.5 billion.
Sebuah lagi projek ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di kawasan seluas kira-kira 6,200 ekar (2,510 hektar) oleh PETRONAS.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Belanjawan 2020 jelas mengiktiraf kepentingan pembangunan rakyat dalam agenda kemakmuran bersama kerajaan.
Untuk Iskandar Malaysia sendiri, di antara inisiatif yang memberi kesan langsung kepada rakyat adalah peruntukan sebanyak RM42 juta bagi Pelan Pembetungan Berpusat Sungai Segget di Johor Bahru, perbelanjaan bernilai RM85 juta untuk meredakan kesesakan trafik di tambak, sekolah-sekolah baharu di Pasir Gudang, Kulai dan Johor Bahru serta hasrat kerajaan untuk meneruskan Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.
Selain itu, beliau percaya pakej insentif pelaburan yang disesuaikan bernilai RM1 billion, pengecualian cukai industri elektrik dan elektronik, peruntukan belanjawan MIDA bagi pemantauan pelaburan selepas kelulusan, dana maritim dan lojistik bernilai RM1 billion termasuk pembangunan sistem 5G juga akan merangsang jumlah pelaburan (pelaburan kumulatif) di Iskandar Malaysia.
"Iskandar Malaysia kini sedang melalui inovasi dan pengekalan tahap pertumbuhan. Oleh itu, pihak kerajaan amat menekankan kepentingan penyelidikan dan pembangunan melalui inovasi daripada beberapa bidang seperti ICT, tranformasi digital, telekomunikasi dan keusahawanan.
"Ini semua membentuk asas yang membolehkan Iskandar Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai rantau yang menawarkan lokasi terbaik bagi pelaburan, pekerjaan dan kehidupan, untuk sekarang dan masa depan," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel