BERITA

Belanjawan 2020 selaras dengan aspirasi rakyat Malaysia - PCCC

GEORGE TOWN, 12 Okt -- Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) menganggap belanjawan 2020 yang dibentangkan di Parlimen semalam adalah selaras dengan aspirasi rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini Dewan Perniagaan itu berkata pihaknya melihat pengurusan kewangan untuk belanjawan itu amat berdisiplin, memandangkan kerajaan ketika ini berhadapan dengan kekangan dalam meneroka pendapatan baharu disebabkan pelbagai ketegangan ekonomi global, seperti perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

”Walaupun berhadapan dengan kesukaran, Lim (Guan Eng, Menteri Kewangan) berjaya mengumumkan beberapa elaun dan konsesi dalam belanjawan bagi membantu kumpulan B40 mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Menurutnya PCCC menyambut baik beberapa pengumuman dalam belanjawan seperti peruntukan RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera, pengurangan bayaran tol Jambatan Kedua Pulau Pinang, dan meningkatkan geran kepada pendidikan China termasuk sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah-sekolah menengah Cina swasta.

Dewan Perniagaan itu turut menyuarakan penghargaan terhadap langkah menurunkan harga siling apartmen mewah bagi warga asing kepada RM600,000 bagi membantu menangani masalah berkaitan hartanah tidak terjual, yakni selaras dengan resolusi yang diluluskan mereka dalam Mesyuarat Agung Tahunan September lepas.

Dalam perkembangan lain, PCCC menyuarakan rasa bimbang dengan kekurangan peruntukan kepada perbelanjaan pembangunan di sebabkan kekangan dalam mendapatkan sumber kewangan baru.

“Kami bimbang sekiranya perbelanjaan pembangunan tidak berubah untuk tempoh lama, masa depan negara akan terjejas,” katanya dan menggesa kerajaan menimbangkan kaedah bagi menggalakkan dan berintegrasi dengan komuniti perniagaan swasta dalam merancakkan pelaburan di Malaysia.

Mereka turut menyarankan agar mekanisma bagi skim Program Subsidi Petrol (PSP) dikaji lebih lanjut memandangkan ia merupakan satu sistem yang rumit yang boleh menumbulkan kekeliruan apabila dilaksanakan.

“Walaupun niatnya, baik keseluruhan mekanisma subsidi itu terlalu rumit, dengan melibatkan terlalu banyak kriteria bagi meluluskannya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel